KUALA LUMPUR - Syarikat perkhidmatan perkapalan dan penerbangan Hubline Bhd (Hubline) hari ini mengesahkan bahawa helikopter yang terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Berlepas dan Pendaratan Pendek (STOLport) Long Lellang di Sarawak pada Selasa dikendalikan oleh unitnya, Layang Layang Aerospace Sdn Bhd (LLA).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Hubline menjelaskan bahawa helikopter dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu sedang menjalankan penerbangan perkhidmatan doktor udara (FDS) ketika kemalangan tersebut berlaku.
"Helikopter tersebut sedang mengendalikan penerbangan FDS dengan membawa lima individu termasuk juruterbang,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAM
Nahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan – Polis Sarawak
Nahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - Keluarga
Residen Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia
Nahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsa
Nahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa
'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'
Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhir
Nahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - Ibu
Menurut syarikat itu lagi, LLA telah mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan berikutan kejadian tersebut dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan, termasuk Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan, di samping menyediakan segala bantuan yang diperlukan.
Hubline menambah bahawa lembaga pengarahnya sedang menilai kesan kemalangan itu terhadap operasi dan kewangan kumpulan tersebut.
Dalam kejadian pada Selasa, sebuah helikopter terhempas berhampiran STOLport Long Lellang iaitu kawasan pedalaman di dalam daerah Marudi di utara Sarawak pada kira-kira 3.40 petang, yang mengorbankan juruterbang dan empat kakitangan Kementerian Kesihatan. - Bernama






