‘Titik terendah, orang lupa dua anak saya mati kebakaran’

19 Sep 2026 • 12:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Titik terendah, orang lupa dua anak saya mati kebakaran’

PETALING JAYA – Tiada lebih menyedihkan buat seorang ibu iaitu usahawan Datuk seri Via apabila menganggap pemergian dua anak tersayang yang maut akibat kebakaran seolah-olah dilupakan umum.

Vida atau nama penuhnya Hasmiza Othman, 54, berkata, kehilangan dua anak lelakinya dalam tragedi kebakaran rumah pada 2013 sebagai titik paling rendah dalam hidupnya.

“Titik terendah saya adalah orang dah lupakan kehilangan anak pertama dan kedua disebabkan kebakaran di rumah yang berlaku ketika saya ‘outstation’ dan tak mampu berbuat apa-apa.

“Sampai sahaja di rumah, saya hanya melihat mereka sudah tidak bernyawa akibat lemas disebabkab asap,” katanya.

Tambahnya, kejadian tersebut meninggalkan impak mendalam terhadap dirinya sehingga perlu mengambil masa lama untuk kembali bangkit menjalani kehidupan seperti biasa.

“Selama tiga hingga lima bulan saya terperuk terbaring ibarat jasad yang hilang nyawa dan roh.

“Al-Fatihah anak-anak mama, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd. Amin, Muhammad Edrie Zikrie Mohd. Amin,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang rasa sebak ramai yang rata-ratanya mendoakan dia tidak lagi melalui fasa sebegitu dalam hidup selain meminta Datuk Fazley Yaakob sentiasa berada di sisi membahagiakannya.

Untuk rekod, Muhammad Eddie Zuhdie ketika itu berusia 11 tahun manakala Muhammad Edrie Zikrie berusia 10 tahun.

Kedua-duanya maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Bandar Meru Raya, Ipoh pada 3 Ogos 2013. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Titik terendah, orang lupa dua anak saya mati kebakaran’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved