Tiz Zaqyah Dinobatkan Pelakon Terbaik Asian Academy Creative Awards

Entertainment
29 Sep 2023 • 7:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Memegang watak wanita ditindas dalam drama ‘Liar’, pelakon Tiz Zaqyah dinobatkan sebagai pelakon terbaik Anugerah Kreatif Akademi Asia (AACA) 2023.

Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Razak berkongsi berita gembira itu di Instagram yang menganggap ia sebagai pengiktirafan buatnya selepas 17 tahun dalam industri.

Dalam drama itu, Tiz menjadi seorang wanita yang lantang bersuara demi menegakkan hak wanita yang ditindas.

Alhamdulillah, kejayaan ini cukup bermakna buat saya dan seluruh pasukan produksi drama bersiri ini.

Drama bersiri ini menarik kerana ia mengetengahkan hak wanita dan semua wanita juga ada hak untuk bersuara bila berlaku penindasan dalam hidup.

Saya berharap drama bersiri Liar ini akan memberi inspirasi dan motivasi kepada penonton.

Tiz yang memegang watak Lara Sulaiman itu turut berjaya melakonkan babak mangsa rogol yang sangat mencabar.

Watak Lara sangat mencabar kerana sebagai wanita menjadi mangsa rogol adalah sangat sensitif. Saya juga banyak bermain emosi dan berperang dengan masalah kesihatan mental untuk menjiwai watak terbabit.

Tahniah Ohmedia ucapkan buat Tiz Zaqyah dan semestinya penganugerahan ini akan membuatkan lebih ramai lagi pelakon negara kita jadi bersemangat untuk buktikan pada dunia kemampuan kita.

Kredit: Harian Metro

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved