TKKR kembali ke pentas ARRC 2025 sebagai pasukan wildcard

27 May 2025 • 8:05 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Selepas beberapa ketika menyepi di pentas antarabangsa, pasukan TKKR kini membuat kemunculan semula dalam Kejuaraan Motosikal Asia (Asia Road Racing Championship – ARRC) 2025 sebagai pasukan wildcard. Penampilan semula ini akan berlangsung di Pusingan Kedua ARRC yang bakal diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu ini, dengan Race 1 pada hari Sabtu dan Pitwalk serta Race 2 pada hari Ahad.

Pasukan ini tampil dengan nama baharu yang lebih bertenaga dan moden – TKKR RAPIDO ESTREMO SUPERFAST RACING TEAM – sebagai sebahagian daripada strategi untuk kembali bersaing secara lebih tersusun dan profesional di arena perlumbaan Asia.

image is not available

Dengan imej yang segar serta semangat yang diperbaharui, pasukan TKKR bersedia untuk mencabar pasukan-pasukan handalan dari seluruh benua. Penyertaan sebagai wildcard ini juga dijadikan pentas penting untuk menguji kekuatan barisan pelumba mereka dan mendapatkan semula rentak di peringkat tertinggi.

Masuk adalah percuma untuk semua peminat sukan permotoran yang ingin memberikan sokongan kepada barisan pelumba negara pada hujung minggu ini di Sepang.