TLDM mahu peruntukan pertahanan sekurangnya 1.5 peratus

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 2:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: TLDM mahu peruntukan pertahanan sekurangnya 1.5 peratus

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berharap peruntukan pertahanan negara dapat mencapai sekurang-kurangnya 1.5 peratus bagi memastikan keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat dipenuhi.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain berkata, pihaknya memahami kerajaan perlu mengimbangi keperluan pertahanan dengan pelbagai keutamaan lain negara.

Bagaimanapun, beliau berkata, peningkatan kos aset dan keperluan operasi perlu diambil kira dalam menentukan kecukupan peruntukan pertahanan semasa.

“Kalau boleh, kita nak bajet yang diberikan kepada kita itu sekurang-kurangnya 1.5 peratus.

“Tetapi kita faham juga bahawa banyak lagi keperluan untuk negara ini dan bukan (pertahanan sahaja). Pada masa sama, ada peningkatan daripada apa yang kita minta sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Seabed 2030 Indo-Pacific Ocean Mapping Meeting & Data Sprint 2026 di sini, hari ini.

Menurut Zulhelmy, peruntukan yang kelihatan stabil tidak semestinya memberikan keupayaan perolehan yang sama berikutan harga aset dan kos berkaitan berubah mengikut masa.

Katanya, peningkatan kos perlu dipertimbangkan bagi memastikan peruntukan yang disediakan mencukupi untuk menyokong operasi serta memenuhi keperluan aset baharu TLDM. – KOSMO! ONLINE

The post TLDM mahu peruntukan pertahanan sekurangnya 1.5 peratus appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved