TLDM selamatkan sembilan pekerja terkandas di Pulau Jarak akibat tanah runtuh

LocalEnvironment
27 Nov 2025 • 2:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menyelamatkan sembilan pekerja terkandas di Pulau Jarak selepas insiden tanah runtuh akibat hujan lebat dan cuaca buruk melanda kawasan itu.

TLDM dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa sedang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan suar sebelum terperangkap di kawasan terbabit.

Sembilan pekerja terkandas di Pulau Jarak

image is not available

“Sebuah helikopter Super Lynx telah diatur gerak bagi melaksanakan pemindahan dari lokasi yang dinilai tidak lagi selamat diduduki.
“Melalui tindakan pantas serta koordinasi rapi, kesemua mangsa terkandas telah berjaya diselamatkan seterusnya dipindahkan dari kawasan berisiko tinggi tersebut,” kata TLDM dalam kenyataan itu, hari ini.

Dalam insiden berasingan di perairan Pulau Perak, Pusat Penyelarasan Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.00 pagi selepas menerima laporan sebuah bot karam akibat cuaca buruk.

Sembilan pekerja terkandas di Pulau Jarak

image is not available

“KD Ledang telah diaturgerakkan ke kawasan pencarian untuk melaksanakan operasi secara berterusan.
“Hasil tindakan efektif di lapangan, kesemua 19 mangsa berjaya ditemui pada jam 10.15 malam semalam, termasuk seorang mangsa yang disahkan meninggal dunia.
“Mangsa yang terselamat diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan kapal sebelum dibawa ke daratan untuk tindakan lanjut,” tambah TLDM lagi.

Dalam pada itu, TLDM menasihatkan agar komuniti maritim lebih berhati-hati apabila keluar ke laut khususnya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.

image is not available

Kapal yang digunakan juga hendaklah berada dalam keadaan baik dan mampu beroperasi sesuai dengan keadaan perairan Selat Melaka yang agak bergelora.

“Demi keselamatan, orang ramai dinasihatkan mematuhi amaran cuaca dan mendapatkan maklumat awal dari pihak berkuasa sebelum keluar ke laut,” ujar TLDM lagi.