Telekom Malaysia kini hadir dengan promosi khas bersempena dengan Piala Dunia FIFA 2026, memberikan sehingga 100,000 pas percuma setiap hari. Pengguna yang berminat boleh ke halaman Unifi bermula hari ini dan mendapatkan pas harian secara percuma.

Untuk makluman, setiap penebusan akan mengaktifkan pas harian untuk digunakan pada dua hari lagi. Setiap pas yang ditebus turut menyertakan tarikh bila ia akan digunakan, bersama kod untuk melakukan penebusan di Unifi TV. Setiap emel diterhadkan kepada satu penebusan sahaja, dan promosi ini berlangsung sehingga 30 Jun 2026.
Bagi anda yang meminati sukan bola sepak, dan ingin menonton Piala Dunia FIFA 2026 dengan lancar tanpa gangguan dan sebagainya, boleh dapatkan pas harian percuma daripada TM ini, dan menonton siaran langsung menggunakan Unifi TV.


