TMT x JBL Heart Of Sound Roadshow Menawarkan Diskaun Sehingga 60%

TechnologyDigital
11 Nov 2023 • 12:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kami disini ingin menyampaikan khabar gembira untuk para pecinta audio dan penggemar produk JBL. Thunder Match Technology (TMT) kali ini menawarkan promosi dengan diskaun sehingga 60% untuk produk audio dari JBL melalui TMT x JBL Heart Of Sound Roadshow. Oleh itu, mari kita lihat apa promosi yang menarik ditawarkan pada jerayawara ini.

1. Apakah Promosi Yang Istimewa Bagi Produk JBL?

Tentu anda tertanya-tanya apakah promosi yang ditawarkan bagi produk JBL, bukan? Melalui jerayawara ini, anda berpeluang untuk mendapatkan beberapa hadiah menarik secara percuma. Ini termasuk baucar tambah nilai Touch N Go dan mesin Nescafe percuma untuk pembelian siri JBL Bar yang terpilih.

image is not available

Terdapat juga JBL Go 3 percuma yang boleh anda dapati sekiranya membuat pembelian siri JBL Tour. Manakala, untuk setiap pembelian JBL Tour Pro 2 pula, anda berpeluang untuk mendapat JBL Tour Pro 2 Case secara percuma dan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

image is not available

Untuk setiap pembelian JBL Authentics pula, anda berpeluang untuk mendapat set fon telinga nirwayar Tune Beam Ghost percuma. Malah, anda juga berpeluang untuk mendapat servis ukiran nama, ikon, atau nombor untuk mana-mana pembelian set fon telinga nirwayar dan fon kepala.

Jika anda mencari set fon telinga nirwayar untuk mendengar lagu, anda boleh pertimbangkan JBL Tune 130NC TWS yang mendapat potongan harga sebanyak 60%. Potongan harga ini sekaligus menjadikan harga peranti tersebut menjadi RM199. Selain daripada fon telinga nirwayar, terdapat juga potongan harga sebanyak 33% bagi JBL Bar 9.1. Potongan harga ini menjadikan harga soundbar ini menjadi RM2,999.

image is not available

2. Produk Lain Dalam Penawaran Istimewa

Bukan itu sahaja, terdapat banyak juga produk lain yang menawarkan potongan harga. Antaranya adalah produk dari kategori soundbar, speaker dengan audio yang memukau, fon kepala gaming, dan JBL Authentics yang canggih. Bagi anda yang sedang mempertimbangkan untuk membeli sistem audio daripada JBL, dibawah adalah antara beberapa produk yang turut mendapat potongan harga sepanjang jerayawara ini berlangsung.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

3. Aktiviti Untuk Anda Menebus Hadiah Percuma

Malah, TMT turut menyediakan aktiviti yang menarik sepanjang jerayawara ini berlangsung. Selain mengejar tawaran pada harga promosi, anda juga boleh menyertai aktiviti yang diadakan sepanjang jerayawara ini. Caranya adalah kumpulkan cop dari empat stesen yang berbeza dan tukarkan menjadi token Gashapon. Token ini membolehkan anda untuk menebus hadiah-hadiah yang menarik percuma termasuk produk JBL dan baucar pembelian bernilai RM20, RM50, atau RM100. Baucar ini seterusnya bolehlah digunakan untuk membeli produk JBL di jerayawara ini. Bagi baucar bernilai RM20, anda boleh gunakannya untuk pembelian minima sebanyak RM300. Manakala, untuk pembelian minima sebanyak RM500, anda boleh menggunakan baucar bernilai RM50. Baucar bernilai RM100 pula boleh digunakan untuk pembelian minima sebanyak RM1000.

Kesimpulan

image is not available

Kesimpulannya, jerayawara ini adalah kesempatan yang jarang-jarang kita dapat nikmati untuk anda mendapatkan produk JBL dengan diskaun yang besar. Bukan itu sahaja, TMT juga turut menawarkan hadiah-hadiah percuma untuk pembelian tertentu, dan anda juga boleh menyertai beberapa aktiviti disana untuk menebus hadiah percuma

Oleh itu, jika anda sudah lama mencari produk audio dan dalam masa yang sama ingin jadikan pembelian anda berbaloi, inilah masanya untuk anda dapatkannya melalui jerayawara JBL ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sertai TMT x JBL Heart Of Sound Roadshow yang akan berlangsung selama 7 hari, bermula dari 13 hingga 19 November 2023 ini, di Center Court Ground Floor (CCGF), Mid Valley Megamall. 

Penafian : Advertorial daripada Thunder Match Technology (TMT) Malaysia