Antara langkah yang diambil kerajaan ialah memastikan mereka yang baru pulang dari negara atau adalah kontak rapat pesakit Covid-19 untuk melakukan kuarantin. Jika kuarantin dipatuhi, penyebaran wabak akan dapat dielakkan namun sudah dilaporkan terdapat beberapa kes di Malaysia di mana kontak rapat enggan melakukan kuarantin secara sukarela. Di Taiwan langkah yang diambil kerajaan adalah drastik dan menggunakan teknologi semasa.

Langkah memagar individu menggunakan teknologi ini menerima kecaman kerana dilihat sebagai melanggar hak asasi warga Taiwan namun menunjukkan hasil kerana setakat ini hanya terdapat kurang daripada 200 kes positif dilaporkan walaupun negara ini bersebelahan China.

