TNB Nafi Dakwaan Naikkan Tarif Elektrik Bermula April, Bakal Lapor Kepada MCMC

LocalBusiness & Finance
1 Apr 2026 • 11:06 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan terdapat kenaikan tarif elektrik bermula April ini.

TNB menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius mengenai mesej dan visual palsu tular yang mendakwa terdapat kenaikan tarif elektrik mulai April seperti yang dinyatakan.

Jelasnya maklumat tersebut adalah tidak benar dan berpotensi mengelirukan orang ramai.

Menurut TNB lagi, sebarang pelarasan kos elektrik pada masa ini adalah tertakluk kepada Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) yang dilaksanakan dalam sektor tenaga sejak Julai 2025 lalu.

“Kadar AFA adalah berdasarkan perubahan harga bahan api global serta kadar pertukaran mata wang asing dan diselaraskan secara bulanan melalui pengesahan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST).

“TNB ingin menegaskan bahawa sebarang perubahan berkaitan kadar AFA akan diumumkan secara rasmi oleh TNB melalui saluran yang sah. TNB komited untuk memastikan pengguna menerima maklumat yang tepat dan telus,” kata TNB.

Bakal lapor kepada MCMC, minta orang ramai rujuk pengumuman rasmi

Sehubungan itu, TNB akan melaporkan penyebaran maklumat tidak benar ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

Pihaknya turut meminta orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan, sebaliknya merujuk hanya kepada pengumuman rasmi daripada TNB selain menyemak kesahihan kandungan sebelum berkongsi bagi mengelakkan kekeliruan.

Pelanggan guna elektrik bulanan bawa 600kWj dapat pengecualian AFA

Sebelum in media melaporkan yang TNB mengesahkan bahawa pelanggan domestik akan terus menikmati pengecualian AFA.

Namun ia adalah untuk pelanggan domestik yang penggunaan elektrik bulanannya sebanyak 600 kilowatt jam (kWj) dan ke bawah.

Menurut Harian Metro yang memetik TNB, pelanggan itu juga akan terus menikmati pengecualian Caj Peruncitan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada kadar 8%.

Bukan itu sahaja, pelanggan domestik yang menggunakan elektrik 300kWj atau kurang darinya akan menerima pengecualian daripada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB).

TNB dalam muat naik sama turut memaklumkan rebat AFA akan dikurangkan daripada RM0.0215 setiap kWj kepada RM0.0047 setiap kWj, antara 1 hingga 30 April.

Manakala unjuran AFA pada 1 hingga 31 Mei ini ditetapkan pada kadar RM0.0039 setiap kWj, RM0.0091 kWj (antara 1 hingga 30 Jun) dan RM0.0008 kWj) bagi 1 hingga 31 Julai 2026.

Apa itu AFA?

Sebagai info, AFA adalah satu proses penentuan kos bahan api yang diperkenalkan jada Julai 2025 untuk menggantikan Mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT).

Difahamkan mekanisme ini adalah lebih tepat untuk melaraskan tarif elektrik agar lebih telus, adil dan responsif berdasarkan harga pasaran bahan api dan kadar tukaran wang asing semasa.

Baca Artikel Berkaitan:

Malaysia Perlu Bersedia Kemungkinan Peningkatan Kos Bahan Api Untuk Jana Elektrik – Suruhanjaya Tenaga