TNG eWallet BUDI95 – Semakan Status & Kuota RON95

LocalPersonal Finance
30 Sep 2025 • 11:38 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

TNG eWallet memudahkan anda menuntut subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI95 tanpa perlu bawa MyKad setiap kali isi minyak. Pendaftaran aplikasi, semakan status dan baki kuota boleh dibuat secara online dengan mudah melalui apps atau laman rasmi https://www.touchngo.com.my/ewallet/

Kerajaan kini beralih daripada subsidi petrol pukal kepada sistem subsidi bersasar melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Pendekatan baharu ini memastikan bantuan kerajaan sampai kepada rakyat yang layak, di samping menjimatkan perbelanjaan negara daripada ketirisan dan penyeludupan.

Dalam artikel ini, kami akan terangkan apa itu BUDI MADANI RON95, kenapa ia diperkenalkan, serta cara paling mudah untuk gunakannya melalui aplikasi TNG eWallet.

image is not available
BUDI MADANI RON95 (BUDI95)

Apa Itu BUDI MADANI RON95?

BUDI MADANI RON95 ialah program subsidi petrol baharu yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dengan lesen memandu yang sah. Objektif utama program ini adalah untuk:

  • Pastikan subsidi hanya dinikmati rakyat Malaysia yang layak
  • Menyokong kelestarian kewangan negara dalam jangka panjang
  • Mengelakkan aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi

Dengan sistem ini, rakyat masih menikmati harga RON95 pada kadar subsidi, manakala penjimatan daripada kawalan lebih ketat akan disalurkan kembali kepada rakyat.

Tarikh Claim BUDI95 Guna TNG eWallet

Pelaksanaan BUDI95 secara berperingkat melalui TNG eWallet:

  • 30 September 2025 – Semua rakyat Malaysia dengan MyKad dan lesen memandu yang sah
  • 27 September 2025 – Anggota Polis dan Angkatan Tentera
  • 28 September 2025 – Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
image is not available
Claim BUDI95 Guna TNG eWallet

Cara Guna BUDI95 Dengan TNG eWallet

Menggunakan TNG eWallet memudahkan anda menuntut subsidi tanpa perlu bawa MyKad setiap kali isi minyak. Berikut langkah-langkahnya:

1. Muat turun & daftar TNG eWallet

  • Muat turun dari App Store, Google Play, atau Huawei AppGallery
  • Daftar nombor telefon & cipta PIN 6 digit

2. Sahkan akaun (KYC)

  • Pergi ke ProfileAccount Verification
  • Pilih ID: MyKad
  • Imbas MyKad & ambil swafoto
  • Hantar untuk pengesahan (kebiasaannya segera, maksimum 7 hari bekerja)
@touchngoewallet

Nak nikmati BUDI MADANI RON95 dengan senang? Pastikan akaun eWallet korang dah disahkan melalui eKYC. Ikut panduan simple ni untuk sahkan guna MyKad, barulah lebih selamat dan mudah untuk semua! ​ ​ TNGeWallet eKYC BUDI95 BayarScanGo BUDIMADANIRON95

♬ original sound – Touch ‘n Go eWallet – Touch ‘n Go eWallet

3. Akses ikon BUDI95

  • Buka aplikasi → pilih ikon BUDI95 di skrin utama
  • Jika tiada, cari “BUDI95” di ruangan Search

4. Beli minyak RON95

  • Berhenti di pam petrol
  • Pilih Buy Fuel di BUDI95
  • Sahkan lokasi stesen, masukkan nombor pam & jumlah minyak
  • Bayar menggunakan baki eWallet dan dapatkan QR code

Tip: Pastikan baki eWallet mencukupi. Anda boleh tambah nilai melalui DuitNow Transfer – malah ada kempen ganjaran jika tambah nilai buat kali pertama.

5. Aktifkan pam minyak

Jika baki jumlah minyak tidak digunakan, lebihan akan dipulangkan terus ke eWallet dalam beberapa minit

Tunjuk QR code di kaunter untuk diimbas oleh staf

Pam akan dibuka untuk anda isi minyak.

@touchngoewallet

Not a TNG eWallet user yet? Let us change that NOW! Follow this quick guide to download and setup your TNG eWallet account to enjoy more convenience right at your fingertips. Send this to a friend who might find it useful! TNGeWallet Appstore GooglePlayStore AppGallery

♬ original sound – Touch ‘n Go eWallet – Touch ‘n Go eWallet

Adakah BUDI95 Hanya Untuk TNG eWallet?

Tidak. TNG eWallet hanyalah pilihan paling mudah. Anda juga boleh:

  • Guna MyKad di kaunter – Staf sahkan kelayakan dan anda boleh bayar guna kad kredit/debit, e-wallet lain, atau tunai.
  • Guna MyKad di pam – Sesetengah stesen ada pembaca kad MyKad. Masukkan MyKad, sistem sahkan kelayakan, kemudian bayar seperti biasa.

Namun begitu, penggunaan TNG eWallet lebih cepat kerana tidak perlu sahkan identiti setiap kali isi minyak.

Fakta Penting BUDI95

“Macam mana nak guna BUDI95?” “Kena bawak MyKad ke?” “Macam mana nak isi guna TNG eWallet?”​

Hah, baca fakta penting mengenai BUDI95 di bawah untuk panduan anda.

image is not available
Fakta Penting BUDI95

📅 BUDI95 bermula 27 Sep secara berperingkat & semua boleh guna start 30 Sept nanti

4 Cara Dapatkan Subsidi Minyak BUDI95

Anda boleh gunakan cara berikut untuk nikmati subsidi minyak ron95:

  1. Guna Mykad
  2. Guna TNG eWallet
  3. Guna SETEL melalui TNG eWallet
  4. Guna CaltexGo App
image is not available
4 Cara Dapatkan Subsidi Minyak BUDI95

Kenapa guna BUDI95 on TNG eWallet?​

✅ Satu app je untuk semua stesen terlibat, tak payah download banyak-banyak app​
✅ Tak perlu bawa MyKad, semua TNG eWallet users dah verified​
✅ Terus pakai Setel di TNG eWallet, tak payah queue kat Petronas​

image is not available
Kenapa guna BUDI95 on TNG eWallet?​

Cara Guna TNG eWallet untuk Dapatkan Minyak Subsidi BUDI95

Ikuti 5 cara ringkas berikut untuk beli minyak subsidi RON95 menggunakan TNG eWallet dengan mudah:

  1. Bukan TNG eWallet dan klik ikon BUDI95.
  2. Klik “Beli Minyak” atau “Buy Fuel”.
  3. Masukkan nombar pam, pilih amaun dan klik “Bayar Sekarang” / “Pay Now”.
  4. QR kod akan dijana selepas itu.
  5. Tunjukkan QR kod di kaunter untuk aktifkan pam.
  6. Selesai.
image is not available
Cara Guna TNG eWallet untuk Dapatkan Minyak Subsidi BUDI95

Cara Bayar Minyak PETRONAS Guna Setel dalam Touch ‘n Go eWallet

Ikuti 4 cara ringkas berikut untuk beli minyak subsidi RON95 di Petronas menggunakan SETEL dalam aplikasi TNG eWallet dengan mudah:

  1. Buka TNG eWallet dan klik ikon Petronas via SETEL.
  2. Klik dan beli minyak RON95.
  3. Masukkan nombar pam, pilih amaun dan klik “Bayar” / “Pay”.
  4. Selesai.
image is not available
Cara Bayar Minyak PETRONAS Guna Setel dalam Touch ‘n Go eWallet

Pesanan ringkas:

  1. Harga yang dipaparkan sudah termasuk potongan subsidi BUDI95.
  2. Tidak bayaran tambahan di kaunter.
  3. Baki yang tidak digunakan akan dikreditkan secara automatik ke akaun eWallet anda.
image is not available
BUDI95

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim (FAQ) BUDI95 dan TNG eWallet

Bagaimana saya tahu baki subsidi jumlah liter saya setiap hari?

Selepas semakan dan penggunaan, portal rasmi BUDI MADANI atau apps Setel / TNG eWallet dll akan paparkan penggunaan harian dan baki liter subsidi.

Cara semak status BUDI95 di TNG eWallet?

1. Muat turun app https://www.touchngo.com.my/
2. Cari ikon BUDI MADANI RON95
3. Klik ‘Check Eligibility’ / Semak kelayakan

Apa kelebihan guna app TNG eWallet untuk subsidi petrol RON95 (BUDI95)?

– Satu app je untuk semua stesen minyak yang terlibat, tak perlu muat turun banyak app
– Tak perlu bawa MyKad fizikal, semua pengguna TNG eWallet dah pun disahkan
– Jimat masa, boleh terus isi minyak di Petronas melalui Setel dalam TNG eWallet

Cara sahkan akaun TNG eWallet untuk dapatkan subsidi petron RON95?

Semua pengguna TNG eWallet wajib buat pengesahan akaun, dan langkah ini juga membolehkan anda akses BUDI95.
1. Pergi ke profil dalam TNG eWallet dan tekan “Account Verification”
2. Di bawah jenis ID, pilih MyKad
3. Imbas bahagian depan MyKad anda
4. Ambil selfie
5. Hantar butiran anda
Sebaik sahaja akaun anda disahkan, anda boleh mula menggunakan BUDI95.

Berapa lama proses verifikasi / pengesahan TNG eWallet untuk BUDI Madani RON95?

Kebiasaannya, pengesahan akaun akan siap serta-merta. Tetapi, dalam sesetengah kes yang memerlukan maklumat tambahan, proses ini mungkin ambil masa sehingga 7 hari bekerja.
Pastikan pencahayaan yang baik semasa imbas MyKad dan ambil selfie untuk elakkan masalah semasa proses pengesahan.

Boleh ke bayar RON95 harga subsidi RM1.99 tanpa IC/Mykad kalau guna TNG eWallet?

Boleh, anda hanya perlu sahkan akaun sekali sahaja melalui proses verifikasi.

Dekat mana boleh download apps TNG eWallet untuk BUDI95?

Layari laman web rasmi https://www.touchngo.com.my/ untuk muat turun aplikasi Touch n Go eWallet.

Cara isi minyak petron RON95 dan bayar guna TNG eWallet?

1. Pastikan ada app Touch n Go eWallet.
2. Berhenti di pam minyak dan buka apps TNG eWallet.
3. Cari ikon ‘BUDI95’ dan tekan “Buy Fuel”
4. Pilih atau sahkan stesen minyak yang dikesan secara automatik. Jika anda tidak dapat melihat mana-mana stesen minyak, pastikan tetapan lokasi peranti anda diaktifkan
5. Masukkan nombor pam dan jumlah petrol yang ingin dibeli
6. Kod QR akan dipaparkan selepas bayaran dibuat
 
Tip: Pastikan baki eWallet anda mencukupi. Anda boleh tambah nilai dengan mudah melalui pemindahan DuitNow. Lebih menarik lagi, TNG eWallet sedang mengadakan kempen  Just DuitNow Lah! — anda boleh dapat ganjaran apabila menambah nilai menggunakan DuitNow Transfer buat kali pertama.