Tok Bomoh Kongsi Testimoni Pelanggan Berjaya Sihir Kembalikan Pasangan! Ada Yang ‘Merayu’ Nak Syafiq Kyle & Khairul Aming

Entertainment
25 Apr 2024 • 3:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Betul juga kata orang tentang kewujudan media sosial yang sebenarnya ada sisi gelap apatah lagi jika ia digunakan untuk tujuan yang salah.

Contohnya seperti satu akaun yang ditemui di TikTok ini yang mempromosikan sihir dan rawatan untuk mengembalikan seseorang yang disayangi ke pangkuan pasangannya.

 

Kongsi testimoni pelanggan

Menerusi hantaran di TikTok, akaun menggunakan nama @ahlibomohsihir ini banyak berkongsi mesej-mesej daripada pelanggannya yang berterima kasih.

Ia kerana khidmat sihir yang diberikannya berkesan dan pelanggannya sudah kembali bersama pasangan mereka hasil daripada rawatan pengasih itu.

Ini salah satu testimoni yang dikongsikannya di TikTok:

Salam Tok. Ada kabar gembira Tok. Tunang saya dah balik semula pada saya. Terima kasih banyak Tok.

image is not available

Berdasarkan pautan nombor Whatsapp yang dikongsikan di profil, Tok Bomoh ini bukanlah di Malaysia tetapi dipercayai berasal dari negara seberang, Indonesia.

Namun, dia dipercayai menerima ramai pelanggan berasal dari Malaysia dan secara terang-terangan mempromosikan khidmat sihir dan rawatannya di TikTok.

image is not available

 

Ramai minta ‘bomohkan’ artis

Menakutkan, ramai pula yang memberikan komen dengan nada sindiran mengatakan mereka mahu Tok Bomoh membantu untuk mendapatkan selebriti kegemaran masing-masing.

Ada yang minta Syafiq Kyle, ada pula yang mahukan pelakon terkenal Indonesia, Refal Hady malah ada yang turut ‘merayu’ mahukan pempengaruh terkenal, Khairul Aming.

image is not available image is not available image is not available

Macam macam zaman sekarang ni, memang menakutkan!

image is not available 3 months ago

"Perut Membusung, Bau Busuk Sangat" - Wanita Sihir Adik Ipar Yatim Piatu Kerana Belum Ada Anak, Merayu Cara Tarik Balik Sihir