Tok Mat ketuai delegasi negara ke CHOGM 2026

LocalPolitics
1 Nov 2026 • 10:58 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tok Mat ketuai delegasi negara ke CHOGM 2026

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Ketua-Ketua Negara/Kerajaan Komanwel Ke-28 (CHOGM 2026) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan di St. John’s, Antigua dan Barbuda dari 1 hingga 4 November.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa CHOGM 2026 yang bertemakan ‘Accelerating Partnerships and Investment for a Prosperous Commonwealth’ akan dihadiri oleh ketua negara, ketua kerajaan dan menteri dari 56 negara anggota Komanwel.

“Menteri Luar akan menyertai beberapa mesyuarat peringkat tinggi dan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat.

“Perbincangan akan tertumpu kepada pengukuhan Kerjasama Selatan-Selatan dan usaha merapatkan jurang pembangunan global serta menggalakkan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota Komanwel,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra memaklumkan bahawa penyertaan Malaysia dalam CHOGM 2026 menzahirkan komitmen berterusan kerajaan untuk mempromosikan prinsip dan nilai yang termaktub dalam Piagam Komanwel serta memperkukuh kerjasama antara negara anggota. – BERNAMA

The post Tok Mat ketuai delegasi negara ke CHOGM 2026 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved