Tok Mat tegaskan UMNO tak perlu perikatan politik baharu -“Kita tidak suka diikat, juga mengikat”

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 11:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tok Mat tegaskan UMNO tak perlu perikatan politik baharu -“Kita tidak suka diikat, juga mengikat”

UMNO tidak memerlukan perikatan politik baharu dan akan terus kekal bersama Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Tak bermakna UMNO tutup pintu kerjasama politik

Walau bagaimanapun, menerusi kenyataan dalam ucapan di perasmian sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), beliau menyatakan pendirian itu tidak bermakna UMNO menutup pintu kepada kerjasama politik dengan pihak lain, namun sebarang kerjasama perlu bersifat tidak mengikat kebebasan parti menentukan hala tuju politiknya sendiri.

“UMNO akan kekal dengan BN, kini dulu dan selamanya.
“Segala kerjasama mestilah luwes. Persefahaman dan kerjasama yang longgar, bukan perjanjian yang mengikat,” katanya.

Mohamad berkata UMNO juga tidak mahu mengikat mana-mana pihak.

“Kita tidak suka diikat, juga mengikat. UMNO mahukan kebebasan untuk bertindak sesuai dengan perhitungan politiknya,” tegasnya.

Beliau berkata UMNO tidak mahu kelangsungan sokongan Melayu kepadanya bergantung kepada naungan atau bantuan rakan politik.

Katanya, UMNO menghargai bantuan pihak yang pernah bekerjasama dengannya, namun persoalannya sampai bila parti itu perlu bergantung kepada ‘budi baik’ rakan politik.

Mohamad  juga menambah bahawa parti ini perlu menggunakan pengalamannya untuk membina semula sokongan kukuh dalam kalangan orang Melayu serta kembali menjadi pihak yang mampu memberikan perlindungan dan naungan, bukannya mengharapkan ihsan pihak lain.

Sumber: Facebook UMNO Online

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved