UMNO perlu berdikari tidak boleh bergantung kepada PH atau PN

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 10:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UMNO perlu berdikari tidak boleh bergantung kepada PH atau PN

KUALA LUMPUR – UMNO perlu berdikari dan membina kekuatan sendiri tanpa bergantung kepada mana-mana parti politik termasuk Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Pas atau DAP.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kelangsungan UMNO tidak boleh disandarkan kepada perhitungan, kekuatan atau kerjasama dengan parti lain.

“UMNO juga sangat menyedari bahawa ia tidak boleh bergantung kepada sesiapa. Tidak PH atau PN. Tidak Pas. Apatah lagi DAP. Hayat UMNO tidak boleh kita sandarkan pada perhitungan parti lain, atau kekuatan mereka.

“UMNO mesti berdikari. Membangunkan kekuatannya dengan cara dan strategi sendiri. Kita tiada talian hayat lain, kecuali kebingkasan dan ketahanan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam ini.

Menurut Mohamad, UMNO perlu keluar daripada sebarang bentuk kebergantungan terhadap parti lain sekiranya mahu benar-benar memulihkan kekuatan parti.

Justeru katanya, tanamlah dalam fikiran kita bahawa, selagi kita bergantung pada parti lain, kita sebenarnya masih jauh dari kepulihan.

“Jika kita bergantung kekuatan kepada orang lain, matlamat jangka pendek mungkin tercapai. Tetapi kerugian dalam waktu panjang itu, akan lebih memudaratkan UMNO.

“Pergantungan kepada orang lain, adalah formula politik yang tempang. UMNO punya harga diri dan maruah yang tiada timbal balasnya. UMNO tidak boleh dibeli dengan kerjasama politik bermusim,” katanya.

Mohamad berkata, UMNO perlu mengembalikan kekuatan parti supaya mampu menentukan hala tuju dan kelangsungan politiknya sendiri tanpa perlu bergantung kepada pihak lain.

“UMNO perlu mengembalikan kekuatan kita sendiri, agar akhirnya, kita tidak perlu bergantung dengan orang lain untuk berkelangsungan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post UMNO perlu berdikari tidak boleh bergantung kepada PH atau PN appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved