UMNO terbuka kerjasama Melayu, jangan hanya bermusim

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 10:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UMNO terbuka kerjasama Melayu, jangan hanya bermusim

KUALA LUMPUR – UMNO terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi merealisasikan kesatuan politik Melayu, namun kerjasama itu mesti mempunyai kejelasan dan tidak bersifat bermusim.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti itu tidak pernah menutup ruang kepada usaha menyatukan bangsa Melayu merentasi parti dan ideologi.

Bagaimanapun, katanya, sebarang kerjasama perlu berteraskan kepentingan strategik politik Melayu Islam serta dilakukan dengan niat yang ikhlas.

“UMNO pernah dipermainkan dalam politik perpaduan Melayu Islam ini. Kita tidak akan lupa pengalaman pahit itu.

“Justeru UMNO tidak akan membiarkan ia diperbudakkan lagi. UMNO amat berhati-hati dan tidak mahu pengalaman buruk itu berulang lagi,” katanya.

Mohamad berkata, kerjasama itu juga mesti berlandaskan visi ‘Rumah Bangsa’ yang dipelopori UMNO serta menjadikan parti itu sebagai asas dan tiang seri kepada kesatuan bangsa Melayu.

Pada masa sama, beliau menegaskan UMNO tidak memerlukan perikatan politik baharu dan akan kekal bersama Barisan Nasional (BN).

“Segala kerjasama mestilah luwes (tidak terlalu terikat). Persefahaman dan kerjasama yang longgar, bukan perjanjian yang mengikat.

“Kita tidak suka diikat, juga mengikat. UMNO mahukan kebebasan untuk bertindak sesuai dengan perhitungan politiknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post UMNO terbuka kerjasama Melayu, jangan hanya bermusim appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved