‘Tok meninggalkan kesan sangat mendalam dalam diri saya’

29 Sep 2026 • 10:55 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Tok meninggalkan kesan sangat mendalam dalam diri saya’

KUALA LUMPUR: “Kami kehilangan Tok (Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali) secara secara tidak dijangka, hari ini (semalam), dan sukar menerima hakikat beliau sudah tiada.”

Demikian luahan cucu Allahyarham Dr Siti Hasmah, Meera Alyanna Mukhriz, yang dimuat naik dalam Instagram Story, malam tadi.

Dalam perkongsian itu, Meera Alyanna yang mesra dikenali sebagai Ally, menzahirkan penghargaan kepada mereka yang menghubungi beliau dan keluarga susulan pemergian neneknya itu.

Anak kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu turut meluahkan perasaan dialaminya susulan pemergian insan tersayang dipanggil sebagai ‘Tok’ yang juga isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya hanya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang sudah menghubungi saya dan keluarga saya, hari ini (semalam). Saya akan pastikan untuk membalas mesej anda secepat mungkin.

“Kami kehilangan Tok secara tidak dijangka dan sukar menerima hakikat bahawa beliau sudah tiada. Beliau sudah meninggalkan kesan sangat mendalam dalam diri saya, dan berdasarkan mesej-mesej anda, dalam diri ramai antara anda juga.

“Terima kasih sekali lagi atas kiriman mesej anda. Ia sangat bermakna buat kami. Mohon doakan Tok dalam doa anda,” tulisnya.

Allahyarham Dr Siti Hasmah meninggal dunia jam 9.20 pagi semalam di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun.

The post ‘Tok meninggalkan kesan sangat mendalam dalam diri saya’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved