Tokoh korporat, veteran politik Megat Najmuddin meninggal dunia

LocalPolitics
14 Dec 2025 • 12:06 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Megat Najmuddin meninggal dunia akibat kanser pada usia 81 tahun.

KUALA LUMPUR - Tokoh korporat dan veteran politik, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas meninggal dunia akibat kanser pada usia 81 tahun, malam ini.

Berita pemergian itu disahkan keluarga rapat Allahyarham, Shafinaz Suhaimi ketika dihubungi Bernama.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pada jam 9 pagi esok bagi urusan pengurusan jenazah dan solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Terdahulu, berita pemergian Allahyarham dikongsikan anak saudaranya Puteri Kamaliah Megat Abu Bakar menerusi Facebook dan difahamkan arwah meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.

Megat Najmuddin pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelana Jaya, Selangor selama dua penggal sejak 1986 selain pernah dilantik sebagai Anggota Lembaga Disiplin UMNO dan Pengerusi Lembaga Tatatertib Bersatu.

Selain bidang politik, beliau juga pernah memegang jawatan utama dalam sektor korporat termasuk Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Farm Fresh Berhad, Pengerusi Asian Pac Holdings Berhad dan Pengerusi Bukan Eksekutif dan Bukan Bebas Sime Darby Plantation Berhad. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved