Toku Raih Projek Baharu dalam Sektor Perbankan Malaysia

LocalBusiness & Finance
27 Aug 2026 • 11:30 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Projek kedua bersama sebuah kumpulan perbankan terkemuka Malaysia memperkukuh momentum Kumpulan dalam industri terkawal

SINGAPURA, 26 Ogos 2026 /PRNewswire/ — Toku Ltd. (“Toku”, “投酷有限公司” atau “Syarikat”, dan bersama-sama anak syarikatnya, “Kumpulan”), sebuah platform pengalaman pelanggan (CX) dikuasakan AI yang diperbadankan di Singapura, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Kumpulan telah memperoleh kontrak baharu selama lima tahun dengan sebuah kumpulan perbankan terkemuka di Malaysia (“Bank”).

Kontrak yang diperoleh pada Ogos 2026 itu merupakan projek kedua Kumpulan dengan Bank berkenaan dan terus memperkukuh kehadirannya dalam sektor perbankan Malaysia. Ia menegaskan permintaan yang semakin meningkat yang terus disaksikan Kumpulan daripada perusahaan dalam industri terkawal, apabila aspek pematuhan, keselamatan dan infrastruktur yang dihoskan secara tempatan semakin menjadi pertimbangan penting. Identiti Bank dan terma kewangan kontrak itu tidak didedahkan atas faktor kerahsiaan pelanggan.

Thomas Laboulle, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Toku, berkata: “Perusahaan dalam industri terkawal memilih rakan kongsi yang boleh dipercayai dan mandat berulang merupakan bentuk kepercayaan yang paling kukuh. Ia mencerminkan corak yang mendasari pertumbuhan kami: pelanggan yang bermula dengan satu kontrak dan kemudian memperluaskan kerjasama mereka. Ketika mengumumkan keputusan separuh tahun, kami menyatakan bahawa separuh pertama 2026 merupakan tempoh pelaburan, manakala separuh kedua adalah tempoh untuk menterjemahkannya kepada hasil. Kejayaan ini merupakan petanda awal bahawa perkara itulah yang sedang berlaku.”

Kontrak itu menambah momentum komersial yang dilaporkan dalam keputusan Separuh Pertama 2026 Kumpulan, apabila nilai buku pesanan meningkat 25% sejak Dokumen Tawaran kepada kira-kira AS$29.3 juta setakat 30 Jun 2026, manakala bilangan pelanggan Tahap 1 (akaun yang menjana hasil tahunan melebihi AS$500,000) meningkat lebih dua kali ganda. Perkembangan itu juga sejajar dengan jangkaan pengurusan bahawa pertumbuhan hasil organik tahun ke tahun pada Separuh Kedua 2026 akan melebihi 13.0% yang dicatatkan pada Separuh Pertama 2026.

Butiran lanjut mengenai petunjuk komersial dan prospek Kumpulan dinyatakan dalam pengumuman keputusan Separuh Pertama 2026 belum diaudit Syarikat yang dikeluarkan menerusi SGXNet pada 27 Julai 2026.

Kenyataan Pandang ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan mengenai rancangan pengembangan dan strategi perniagaan Toku. Kenyataan-kenyataan ini berasaskan jangkaan dan andaian semasa serta tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material. Toku tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini kenyataan tersebut bagi mencerminkan peristiwa atau keadaan yang berlaku selepas ini.

Kenyataan Penaja

Toku Ltd. (“Syarikat”) telah disenaraikan di Catalist, Singapore Exchange Securities Trading Limited (“Bursa”) pada 22 Januari 2026. Tawaran awam permulaan Syarikat telah ditaja oleh PrimePartners Corporate Finance Pte. Ltd. (“Penaja”).

Siaran akhbar ini telah disemak oleh Penaja. Ia tidak diperiksa atau diluluskan oleh Bursa dan Bursa tidak bertanggungjawab terhadap kandungan siaran akhbar ini, termasuk ketepatan mana-mana kenyataan atau pendapat yang dibuat atau laporan yang terkandung dalam siaran akhbar ini.

Pegawai untuk dihubungi bagi pihak Penaja ialah: Cik Ng Shi Qing, 16 Collyer Quay, #10-00 Collyer Quay Centre, Singapore 049318, sponsorship@ppcf.com.sg

 

 

The post Toku Raih Projek Baharu dalam Sektor Perbankan Malaysia appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved