Teman lelaki diam kekasih bertanya bau wangi di perkuburan

15 Aug 2026 • 6:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Teman lelaki diam kekasih bertanya bau wangi di perkuburan

SINGAPURA – Seorang wanita tular selepas berkongsi pengalaman terhidu bau wangi semasa menunggang basikal bersama kekasihnya ketika itu di sebuah tanah perkuburan pada waktu malam di Singapura, lapor portal berita Must Share News. 

Detik menyeramkan itu dikongsi di platform TikTok oleh akaun @bevahleee, baru-baru ini. 

Wanita itu berkata,  dia dibesarkan dalam keluarga yang tidak mempercayai perkara mistik.

“Semasa melalui tanah perkuburan Bukit Brown, saya terhidu bau yang sangat wangi. Saya bertanya kepada kekasih saya tetapi dia hanya mendiamkan diri. 

“Saya menanyakan soalan sama berulang kali sama ada dia terhidu bau wangi seperti bunga, namun dia kekal diam dan mengayuh basikal dengan laju. 

“Saya sangat marah,” katanya sambil menambah, dia tertanya-tanya mengapa kekasihnya bertindak sedemikian. 

Selepas pasangan itu keluar dari Bukit Brown, teman lelaki wanita berkenaan menjelaskan mengapa dia enggan menjawab pertanyaannya. 

Seorang pengguna media sosial menyatakan,  orang ramai harus menahan diri daripada menyebut tentang bau aneh kerana situasi sedemikian boleh menyebabkan makhluk halus mengikut kita pulang ke rumah. – AGENSI

 

The post Teman lelaki diam kekasih bertanya bau wangi di perkuburan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved