“Jangan sampai mereka sudah tiada, baru kita mencari” – Luahan Penyesalan Cik B Terhadap Arwah Bapa

Family & Parenting
27 Oct 2026 • 3:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft cik b arwah bapa

Pemergian orang tersayang terutamanya ibu bapa pastinya meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam hati seorang anak, lebih-lebih lagi jika ada urusan atau silaturahim yang belum sempat dipereratkan.

Terbaharu, pempengaruh dan penyanyi, Cik B, 21, berkongsi rasa terkilan dan penyesalannya berhubung hubungannya dengan arwah bapa, Mohammad Amin Yasin, yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 23 Oktober lalu.

Artikel berkaitan : “Saya jarang jumpa anak seusia dia yang begitu matang” –  Rita Rudaini Puji Cik B Tinggi Adab

Artikel berkaitan : Cik B Akui Ada Yang ‘Confess’, Tapi Pilih Jaga Privasi Sebab Nak Cari Yang Betul-Betul Memahami

“Itu penyesalan Cik B…”

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh ibunya, Datuk Seri Vida di media sosial, Cik B secara jujur menasihati orang ramai agar tidak mengabaikan hubungan dengan ibu bapa selagi mereka masih ada di dunia ini.

Menurut pemilik nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Mohammad Amin ini, tanggungjawab menjaga hubungan dengan orang tua adalah satu kewajipan, tidak kira sama ada mereka tinggal sebumbung atau sudah lama berpisah.

Cik B menegaskan walau sedingin mana pun hubungan keluarga, usaha untuk berhubung tetap perlu ada sebelum terlambat.

“Sama ada ayah atau ibu yang tiada di sisi, cubalah untuk menelefon atau berhubung dengan mereka. Jangan sampai mereka sudah tiada baru kita hendak mencari.”

“Itu penyesalan Cik B. Sekiranya mereka masih ada, walaupun hubungan itu dingin atau tidak mesra, cubalah untuk berbincang dan selesaikan dengan baik,” katanya.

Tambahnya lagi, sebagai anak, kita tidak akan pernah tahu apa yang sebenarnya tersimpan di lubuk hati orang tua atau perubahan positif yang mungkin berlaku dalam diri mereka seiring berlalunya waktu.

Hanya sempat jumpa bila jasad sudah kaku

Lebih meruntun hati, Cik B mengakui rasa ralat yang amat berat kerana peluang untuk dia menatap wajah bapanya hanya hadir selepas arwah sudah tiada lagi di dunia. Jelasnya, kali terakhir dia bersemuka dengan arwah bapanya adalah ketika dirinya masih kecil.

Screenshot 2026 10 27 151616

“Cik B sendiri menyesal kerana hanya jumpa sewaktu dia sudah tiada. Sebelum ini memang tidak bersemuka, kali terakhir jumpa sewaktu masih kecil. Bagaimanapun, dia tetap ayah Cik B dan penyesalan ini memang tiada kesudahannya,” luahnya.

Mengambil iktibar daripada episod duka yang dilaluinya, Cik B menitipkan pesanan ikhlas buat netizen di luar sana yang mungkin berada dalam situasi keluarga yang berantakan atau terpisah.

“Jangan sampai mereka sudah tiada baru kita mahu mencari, kerana itu adalah penyesalan yang tiada penghujung. Siapa sahaja yang masih ada ibu bapa, walaupun mereka sudah bercerai, mereka tetap ibu bapa kita. Hubungilah mereka menerusi telefon walaupun tidak dapat selalu bersemuka. Sekurang-kurangnya jumpalah dua atau tiga kali dalam setahun,” kongsinya.

Terdahulu, Datuk Seri Vida bersama anak-anaknya dilaporkan sedang berada di Jakarta, Indonesia ketika menerima perkhabaran duka mengenai pemergian bekas suaminya itu. Mereka sekeluarga kemudian bergegas pulang dan menziarahi pusara arwah di Kelantan.

Screenshot 2026 10 27 151805

Untuk rekod, Vida dan Mohammad Amin mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 2008. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Cik B, dan Muhammad Eric Zaquan.

Dua daripada anak mereka, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie, bagaimanapun telah meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di kediaman mereka di Meru Hill, Ipoh pada tahun 2013, hanya tiga hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved