Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Di kala rakyat Filipina masih berdepan musibah banjir, kehadiran masalah jerebu yang didakwa berpunca daripada pembakaran hutan di Indonesia kini menambah derita penduduk di negara berkenaan.
Kecewa dengan situasi yang semakin memburuk, seorang pengguna sosial media dari Filipina tampil meluahkan rasa tidak puas hati secara terbuka menerusi satu hantaran yang tular.
Artikel berkaitan: “Hampir satu pulau” – Viral Video Jerebu Teruk Di Kalimantan, Kuching & Serian Antara Terjejas
Artikel berkaitan: Kebakaran Jejas 107,000 Hektar Kawasan Hutan, Indonesia Dakwa Tiada Negara Jiran Lapor Terjejas Jerebu
@gmanews WATCH: Haze blankets over Metro Manila, as seen in a drone shot from Antipolo City on September 1, 2026. The DENR-EMB said the haze may be linked to smoke from forest fires in Kalimantan, Indonesia. COURTESY: Christian Ramos Visit www.gmanetwork.com/news for more updates.
Menurut pemilik akaun berkenaan, masalah pencemaran udara itu sudah mula memberi kesan kepada kehidupan seharian rakyat di Luzon, terutamanya dari segi kesihatan serta gangguan pada sesi persekolahan kanak-kanak.
View on Threads
“Jerebu dan asap sudah sampai ke Filipina sedangkan kami di sini sedang berdepan masalah banjir. Tolong hentikan pembakaran hutan,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Mengulas lanjut, individu terbabit turut mendedahkan bahawa perbuatan menyuarakan isu berkenaan mendapat dorongan daripada warga Indonesia sendiri yang mahu tindakan tegas diambil terhadap isu alam sekitar itu.
Lantaran berang dengan tindakan perlahan pihak berkuasa, individu berkenaan turut tag akaun media sosial rasmi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto serta Presiden Filipina, Bongbong Marcos untuk mendesak penyelesaian segera.
“Sesi persekolahan sebelum ini sudah lama ditangguhkan akibat banjir. Sekarang, bila air mula surut, kelas mungkin terpaksa ditangguhkan lagi disebabkan jerebu. Ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan, malah pendidikan anak-anak kami,” luahnya lagi.
Isu jerebu rentas sempadan sememangnya sering menjadi perdebatan hangat dalam kalangan negara anggota ASEAN setiap kali musim pembakaran terbuka kembali melanda.
Sumber: Threads
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


