Jeritan Minta Tolong Tak Kedengaran, 4 Sahabat Ditelan Arus Pantai Tanjung Lompat

2 Sep 2026 • 5:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 09 02T165932.218

Niat murni seumpulan remaja untuk menyelamatkan rakan yang hampir tenggelam bertukar duka apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas, manakala tiga lagi masih hilang di Pantai Tanjung Lompat, di sini.

Tragedi yang menimpa kumpulan 16 remaja berusia 16 tahun itu berlaku ketika mereka mengadakan aktiviti berkhemah di pantai berkenaan sempena cuti persekolahan.

Artikel berkaitan: “Wira kecil” – Ribuan Hadiri Pengebumian Khizir, Kanak-kanak Yang Tewas Selepas Selamatkan Rakan Lemas

Artikel berkaitan: 2 Pelajar IPG Ditemui Lemas Ketika Sertai Aktiviti Berkayak Di Kawasan Pantai Merdeka

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, insiden cemas itu bermula apabila salah seorang rakan mereka, Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor, tiba-tiba dihanyutkan arus deras ke kawasan air yang lebih dalam.

“Kami pada mulanya hanya berendam beramai-ramai di pesisir pantai. Namun, Thaqif bergerak agak jauh ke tengah. Bila kami panggil, dia seolah-olah tidak mendengar.

Tidak lama selepas itu, kami terkejut apabila melihat dia mula terkapai-kapai meminta bantuan,” katanya.

Menyedari mangsa tidak pandai berenang dan berada dalam bahaya, kira-kira lima rakan lain secara meluru cuba memberikan bantuan. Bagaimanapun, tindakan berani itu bertukar tragedi apabila ombak besar dan arus kuat memukul mereka, menyebabkan tiga lagi rakan disedut arus dan tenggelam.

“Kami terus menjerit meminta tolong daripada orang awam berhampiran. Kami sangat berharap agar urusan pencarian dipermudahkan dan semua rakan kami yang hilang dapat ditemui dengan selamat,” tambah saksi itu.

Menurutnya, perkhemahan tersebut merupakan julung kali dianjurkan oleh kumpulan sahabat berkenaan bagi mengisi masa lapang sepanjang cuti sekolah.

Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati keadaan laut bergelora dengan tiupan angin kencang serta ombak besar, sekali gus memberi cabaran getir kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam operasi mengesan mangsa yang masih hilang.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved