“Tolong jangan kacau mental aku” – Siti Jamumall Bidas TikToker, Nafi Perceraian Hanya ‘Marketing’

Entertainment
16 May 2025 • 4:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak beberapa hari ini, hangat diperkatakan mengenai pempengaruh, Siti Jamumall yang tular kerana diceraikan suaminya, Aiman ketika sesi live di TikTok.

Perceraian yang berlaku itu katanya, menyebabkan pempengaruh ini mengalami kegelisahan dan kemurungan serta tidak dapat memberi sebarang komen berhubung isu itu. Malah lebih menyedihkan, Siti Jamumall juga kini dalam keadaan sarat hamil 5 bulan.

image is not available

“Turunkan posting segera atau see you in court

Pun begitu, pempengaruh ini telah memuat naik satu hantaran baru di TikTok menafikan perceraiannya dengan suami sebagai satu bentuk marketing.

Hal ini kerana, seorang TikToker iaitu @jodohfinder telah memuat naik video mendakwa Siti dan suaminya sudah kembali rujuk semula. Dia juga mendakwa live yang disaksikan lebih 20,000 orang baru-baru ini hanyalah marketing semata-mata.

Siti Jamumall yang ternyata terganggu dengan insiden ini telah meminta TikToker berkenaan berhenti memfitnah dan memintanya untuk menurunkan hantaran tersebut atau berdepan dengan saman di mahkamah.

@sitijamumall

tolong jangan kacau mental aku dan buat fitnah mcm ni yg boleh buat org salah fhm. turun kn posting ini segera @Jodoh Finder atau see u in court

♬ original sound – sitijamumall – sitijamumall

Tolong jangan kacau mental aku dan buat fitnah macam ini yang boleh buat orang salah faham. Turunkan posting ini segera @jodoh finder atau see you in court,” tulis Siti.

Selain itu, TikToker ini juga mendakwa selepas drama ‘marketing’ ini, Siti Jamumall sudah boleh kembali menjual produk.

Dalam perkembangan terbaru, TikToker @jodohfinder ini ada memuat naik video baru sebagai balasan kepada video Siti Jamumall yang ingin menyamannya.

Menurut TikToker tersebut, bukan dia sahaja yang merasakan video tersebut satu marketing, ia juga dirasai oleh netizen lain di ruang komen. Katanya lagi, dia akan menurunkan video tersebut, namun video itu akan dimuat naik semula jika pasangan itu rujuk kembali.

@jodohfinder

Siti Jamumall kata nak jumpa kat mahkamah. Ini ceritanya. #sitijamumall

♬ original sound – Jodoh Finder – Jodoh Finder

Terdahulu, isu rumah tangga pempengaruh, Siti Jamumall mendapat perhatian netizen apabila suaminya, Aiman dikatakan telah melafazkan cerai talak dua sambil disaksikan orang ramai ketika live di TikTok.

Pasangan ini difahamkan telah bercerai pada 6 Mei lalu sebelum merujuk kembali dalam tempoh kurang 24 jam selepas lafaz cerai dibuat.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.