Isu Cerai Dikatakan Marketing, Siti Jamumall Mohon Jangan Kacau Mental & Sebar Fitnah [Video]

LocalEntertainment
16 May 2025 • 6:15 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai seorang usahawan dan influencer yang dikenali sebagai Siti Jamumall apabila dia diceraikan oleh suami sewaktu sedang bersiaran langsung di TikTok.

Menerusi video yang tular kelihatan berlaku pertengkaran di antara Siti dan juga suaminya, Khairul Aiman Abdul Kudus atau Aiman Tak Kesah sebelum lelaki itu bertindak melafazkan cerai.

Sebaik mendengar suaminya itu melafazkan cerai, kelihatan Siti seperti cuba menahan dirinya sebelum menangis.

Rakaman siaran langsung itu kemudiannya menular sehingga ke beberapa platform lain sehingga meraih perhatian ramai termasuklah golongan agamawan dan peguam syariah.

Lelaki dakwa isu perceraian marketing, Siti Jamumall minta jangan ganggu mentalnya

Video siaran langsung itu turut mendapat perhatian seorang lelaki yang mendakwa isu perceraian Siti itu sebagai satu promosi.

“Guys dah rujuklah. Relax, relax, belum-belum. Tak apa lepas ni okay.

“Yes this is marketing (ini adalah promosi). Semalam satu Malaysia kecoh pasal kau cerai depan 20 ribu orang. Tapi tak apa hari ni dah rujuk, boleh beli produk,” dakwa lelaki itu.

Sedar dengan video dibuat oleh lelaki tersebut, Siti kemudian meminta untuk tidak mengganggu mentalnya seerta membuat fitnah yang boleh mengundang salah faham kepada orang ramai.

Minta jangan buat fitnah, boleh undang salah faham

Malah dia turut meminta lelaki tersebut untuk memadam video berkenaan dari media sosial.

“Tolong jangan kacau mental aku dan buat fitnah macam ni yang boleh buat orang salah faham. Turun posting ini segera atau jumpa awak di mahkamah,” tulis Siti di kapsyen.

@sitijamumall tolong jangan kacau mental aku dan buat fitnah mcm ni yg boleh buat org salah fhm. turun kn posting ini segera @Jodoh Finder ♬ original sound – sitijamumall

Melihat ruangan komen, ada yang kurang bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut dan memintanya untuk tidak mencampuri urusan rumah tangga orang lain.

Ada juga yang meminta Siti untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

“Menyirap aku lah dengan si J*d*h Fi*der, sibuk ulas hal rumah tangga orang. Sabar ya Siti”

image is not available

“‘Boleh buat orang salah faham.’ Saya faham maksud awak. Tapi awak perlu faham juga..”

image is not available

“Saman je sis”

image is not available