
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seperti yang kita tahu, selain pengangkutan awam, penduduk di Malaysia juga lebih selesa menggunakan perkhidmatan teksi e-hailing bagi menuju ke sesuatu tempat. Ramai berpendapat ia lebih menjimatkan tenaga dan masa daripada terpaksa memandu sendiri.
Bagaimanapun, servis e-hailing ini juga tidak terlepas daripada beberapa kelemahan seperti yang dikatakan oleh penumpang melalui pengalaman mereka.
Bagi memastikan kualiti dan kepuasan pengguna terjaga, syarikat e-hailing perlu memainkan peranan agar pemandu mematuhi standard perkhidmatan.
Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Akak E-hailing Tumpangkan Pontianak Jadian Buat Ramai Geli Hati [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Masih Malas Nak Mandi? Doktor Kongsi Kesan Buruknya [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tular Pemandu e-Hailing Minta Gadis 15 Tahun Buka Tudung, Nak Tengok Muka
Lelaki Nasihat Pemandu E-hailing Jaga Etika Ketika Bertugas
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Chris Lim berkongsi pandangannya tentang perkara-perkara yang perlu diperbaiki oleh golongan pemandu e-hailing di Malaysia.
Segala yang disenaraikan itu berkait rapat dengan etika seorang pekerja dan juga cara bagi menyediakan tahap keselesaan terbaik buat para penumpang. Buat pemandu e-hailing yang terlepas pandang, ini antaranya:
- Mandi sebelum meninggalkan rumah.
- Kerap basuh pakaian dan pastikan baju yang dipakai tidak terperap dengan bau badan yang kurang menyenangkan.
- Pastikan bau rokok tidak melekat dalam kereta.
- Elak gunakan minyak wangi atau penyegar udara dengan bau yang menyengat. Hal ini kerana ia berkemungkinan menyebabkan penghidap migraine sakit kepala.
- Jika perjalanan tenang dan senyap, jangan bercakap perkara yang tak masuk akal semata-mata untuk hidupkan suasana. Segelintir penumpang mungkin berasa tidak selesa.
- Jangan jadikan penumpang sebagai tempat anda mengeluh tentang trafik sesak atau tambang yang murah. Dalam sesetengah kes, mungkin penumpang akan rasa sebersalah.
- Jangan buat para wanita rasa tidak selesa sebagai contoh dengan perbuatan atau kata-kata mencurigakan.
- Semua mesej antara pemandu dan penumpang dihantar serta dibalas secara profesional iaitu menerusi aplikasi perkhidmatan sahaja. Gunakan khidmat AI (kecerdasan buatan) jika perlu.
- Jangan mesej penumpang untuk urusan peribadi selepas selesai menghantarnya ke destinasi.
- Jangan minum arak ketika bertugas. “Tiada siapa mahu mati dalam kereta kau. Itu antara kau dan Tuhan,” kata Chris.
- Gunakan Waze atau aplikasi navigasi anda sendiri tanpa meminta penumpang menyelesaikan masalah (kecuali dalam situasi kecemasan).
- Jangan berbual tentang isu sensitif seperti 3R (Agama, Bangsa, Insitusi Raja) atau fahaman politik.
- Jangan batalkan perjalanan (rides) sesuka hati.

Sumber: Canva
Walaupun kebanyakan perkara disebutkan di atas adalah common sense dan sepatutnya diamalkan oleh individu biasa, tetapi masih ramai pemandu e-hailing yang mengabaikannya.
Tambahnya, kos tambang semakin meningkat saban hari. Oleh disebabkan itu, setiap organisasi e-hailing bertanggungjawab untuk melatih staf mereka dari aspek perkhidmatan.
View on Threads
Dakwa Pemandu E-hailing Pernah Sadai Hingga 1 Jam Tanpa Respon
Dakwa Chris, dia pernah berdepan dengan situasi di mana dia dipalau oleh pemandu e-hailing tanpa diberikan sebarang respon.
“Yang jadi isu adalah cara mereka batalkan rides. Diorang (pemandu) ‘ghost’ penumpang, biarkan mereka menunggu dalam keadaan tidak pasti selama 30 minit, kadang-kadang sehingga satu jam. Saya sendiri dah laluinya beberapa kali.
“Lagi satu saya tak faham kenapa ramai pemandu ingin berkongsi pandangan perkauman dan politik mereka,” dakwa Chris.

Ramai Setuju Tentang Isu Pekerja E-Hailing Yang Tidak Mandi Sebelum Bertugas
Ada yang mendakwa segelintir pemandu tidak mandi terutamanya ketika perjalanan pada awal pagi.
“Bab mandi tu sangat betul. Lebih-lebih lagi jika menuju ke lapangan terbang pada awal pagi. Tak kisah la betapa kuatnya penyegar udara, bau tilam bantal dan bau telur (busuk) dari kulit kepala dan badan yang tidak dicuci tak boleh hilang. Satu jam penyeksaan,” luah seorang netizen.

Tempat Duduk Kenderaan E-hailing Kotor
Sementara itu, ada yang juga mempersoal pemandu yang tidak membersihkan kereta mereka secara berkala.
“Lagi satu ada tempat duduk (kereta) yang kotor boleh nampak kesan tompokan sana sini. Nampak macam kesan air tumpah. Sekurang-kurangnya bersihkan la tempat duduk secara berkala. Saya tak tahu tu kesan apa tapi rasa tidak selesa duduk di atasnya untuk perjalanan 3KM (kilometer),” ujar seorang wanita.
Bagi menyelesaikan masalah itu, seorang individu mencadangkan agar penumpang memberi maklum balas jujur kepada pemandu atau syarikat perkhidmatan penghantaran itu.
“Itu sebab la ada sistem rating. Jangan kesian dan terus letak 5 bintang okay?” kata seorang pengguna Threads.
Berikut adalah antara komen netizen:




Baca Artikel Berkaitan: Influencer Ceddy Selar Dakwaan Bangsa Cina Tak Mandi Pagi Kerana Mahu Buang ‘Ong’
Baca Artikel Berkaitan: “Make Up I Okay Ke?” – Minta Pendapat Driver E-Hailing, Perbualan Dua Wanita Ini Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Individu Guna Servis E-Hailing Tapi Naik Lebih Penumpang Raih Pelbagai Reaksi
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sikap Murni Pelanggan Offer Bawa Kereta Kerana Simpati Pemandu E-Hailing Mengantuk Raih Pujian
