Torres semakin hampir sertai PSG

Football
13 Aug 2026 • 7:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Torres semakin hampir sertai PSG

MADRID: Masa depan Ferran Torres di Barcelona dilihat semakin hampir ke penghujung apabila kelab gergasi Sepanyol itu dan Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan hampir mencapai persetujuan untuk melengkapkan perpindahan pemain berkenaan.

Rundingan antara kedua-dua kelab kini berada pada peringkat akhir dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar 50 juta pound (RM235 juta), termasuk beberapa bayaran tambahan yang masih dibincangkan.

Walaupun perjanjian itu belum dimeterai sepenuhnya, perkembangan semasa menunjukkan perpindahan tersebut berpotensi diselesaikan dalam masa terdekat.

Petunjuk paling jelas mengenai perpindahan itu dapat dilihat apabila Barcelona membenarkan Ferran tidak menghadiri sesi latihan pasukan utama yang turut melibatkan pemain Sepanyol lain yang baru pulang daripada tugasan bersama skuad kebangsaan.

Keputusan tersebut dibuat selepas pemain berusia 26 tahun itu mengemukakan permintaan kepada pihak kelab bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada proses perpindahan yang sedang berlangsung.

Barcelona kemudian mendapatkan pandangan jurulatih, Hansi Flick sebelum bersetuju memberi kebenaran kepada Ferran untuk tidak menyertai latihan buat sementara waktu.

Difahamkan, perbincangan antara Barcelona dan PSG sebenarnya sudah berlangsung sejak beberapa minggu lalu, namun rundingan menjadi lebih serius selepas Torres secara rasmi menyatakan hasratnya untuk berhijrah ke Parc des Princes.

Pemain itu dilaporkan menghubungi pengurusan Barcelona minggu lalu bagi memaklumkan keinginannya untuk memulakan cabaran baharu bersama juara Ligue 1 tersebut.

Barcelona yang tidak mahu menghalang kehendak pemain berkenaan kemudian membuka ruang rundingan dengan PSG bagi mencari penyelesaian terbaik untuk semua pihak.

Pengarah sukan Barcelona, Deco dan rakan sejawatnya di PSG, Luis Campos dikatakan memainkan peranan penting dalam mempercepatkan proses rundingan tersebut.

Buat masa ini, hanya beberapa perkara teknikal masih perlu dipersetujui, namun sumber rapat mendedahkan tiada halangan besar yang mampu menggagalkan perpindahan tersebut.

“Semua berjalan lancar dan hanya ada beberapa kecil yang masih perlu dipersetujui. Apa yang pasti Torres akan berada di PSG,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

The post Torres semakin hampir sertai PSG appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved