“Total Nak Rebuild RM89K” – Isteri Selalu Sindir Tiada Rumah Sendiri, Suami Nekad Beli Rumah ‘Busuk’ Harga RM100K

22 Nov 2024 • 1:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui satu kisah yang dikongsikan oleh seorang kontraktor di TikTok baru-baru ini, dia menceritakan tentang perjuangan seorang suami yang sanggup menabung bertahun-tahun demi membeli rumah secara tunai biarpun disindir oleh orang sekeliling termasuklah isteri sendiri.

Isteri selalu sindir suami tak ada rumah sendiri

Difahamkan, pada awal si suami sering disindir oleh isterinya kerana tidak memiliki rumah sendiri tetapi lelaki itu sama sekali tidak menghiraukannya dan membuat keputusan dengan membeli sebuah rumah yang sudah rosak teruk yang dijual dengan harga murah.

image is not available

Si suami telah pun menyimpan sebanyak RM100,000 selama 10 tahun dengan niat mahu membeli rumah secara tunai dan memang tidak dinafikan rumah dibeli kelihatan terlalu usang, malah di tingkat atas dipenuhi dengan tahi dipercayai diduduki oleh penagih dadah.

image is not available

Kata kontraktor tersebut, biarpun kos baik pulih rumah itu dikenakan sangat tinggi, si suami tetap bersetuju dan kontraktor itu terus merangka pelan layout yang bagus dan kondusif untuk keluarga klien.

Rumah usang berubah jadi ‘rumah mewah’

Pemilihan tema rumah tersebut adalah modern white yang kontemporari serta membesarkan lagi ruang lain seperti dapur dan tambah bilik untul lebih selesa.

image is not available

Hasil kerja kontraktor tersebut diterima baik oleh si suami, di mana dia mengucapkan terima kasih berulang kali kerana dapat berjumpa dengan kontraktor yang ikhlas serta baik hati.

Walaupun sebelum ini ramai yang pertikaikan keputusannya membeli rumah disitu, tetapi berkat kesabaran lelaki itu, harga pasaran rumah di kawasan tersebut sudah berlipat kali ganda nilainya iaitu hingga cecah RM358,000.

image is not available

Kisah ini berakhir dengan baik, di mana pasangan ini kelihatan amat bahagia melihat keadaan rumah usang yang dibeli sebelum ini menjadi ala-ala rumah mewah.

image is not available 4 days ago

“Ada Satu Bilik Buat Anak-Anak” - 10 Jam Proses ‘Renovate’, 11 Beranak Tidak Lagi Duduk Di Pondok Usang