
Kalau perasan, sekarang ini macam-macam caj tambahan dikenakan oleh peniaga kepada pelanggan dengan alasan untuk menampung kos yang meningkat.
Pelanggan juga memahami kesukaran yang dihadapi peniaga ketika ini namun siapa tidak marah jika caj dikenakan itu agak melampau?
Seorang pengguna TikTok terkejut apabila dikenakan caj tambahan RM3 ketika membeli air bungkus dengan meminta dikurangkan ais batu di bazar Ramadan.
@eshamsoda Niat nak support peniaga air Bazar Ramadhan tapi hmmmmm #fyp #fypシ #bazarramadan #bazar #peniagamelayu #sabar
Menerusi perkongsian videonya, dia merasakan caj tambahan yang dikenakan terlalu mahal namun terpaksa membayarnya kerana pesanannya telah siap dibungkus.
Menurutnya, dia melihat sebuah gerai minuman yang kurang pelanggan dan mahu membeli air bungkus di situ. Katanya, harga air sebungkus RM5 dan jika tidak mahu ais, dikenakan tambahan RM3.
Lalu, dia meminta satu bungkus air strawberi tetapi mahu kurang ais. Bagaimanapun, dia tidak menyangka turut dikenakan caj tambahan RM3.
“Dah buat, dah bungkus bapa dia datang tanya kurang ais ya? Aku pun jawablah ya.
“Pastu bapa dia kata tambah RM3, tapi saya balas la kurang ais sahaja bukan tak ada ais, tapi bapa dia kata sama kena tambah RM3 juga. Aku fikir bulan Ramadan sahaja ini,” katanya.
Secara keseluruhan dia perlu membayar RM8 untuk sebungkus air strawberi yang dibelinya itu.
“Plastik kecil besar tapak tangan. Aku rasa peniaga ni jual balik hari pergi Mekah,” luahnya.
Menjengah di ruangan komen, netizen menyifatkan peniaga tersebut mengambil kesempatan mengenakan caj tambahan melampau untuk permintaan kurang ais oleh pelanggan.

Dalam pada itu, netizen juga merungut dengan harga makanan di bazar ketika ini yang membuatkan tidak mahu berkunjung lagi.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

![[VIDEO] Lagi Peniaga Bazar Buat Onar! Beli Air RM5 Tapi Sebab Minta Ais Kurang Kena Caj Lagi RM3!](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)