Touch n Go eWallet Akan Perkenal 5 Strategi Menjelang 2023 Dalam Mengatasi Masalah Scam Dan Penipuan

TechnologyDigital
15 Nov 2022 • 11:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Touch n Go eWallet hari ini mengumumkan pengenalan sejumlah ciri-ciri sekuriti dan perlindungan dari penipuan baharu yang akan diimplementasikan pada dompet digtial berkenaan secara berperingkat menjelang suku pertama 2023 kelak.

image is not available

TNG eWallet mengatakan pengenalan sekuriti ini adalah selari dengan tetapan yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Negara Malaysia baru-baru ini.

Antara lima strategi yang akan diperkenalkan adalah termasuk:

  1. Pemindahan dari penggunaan OTP berasaskan SMS kepada ciri pengesahan yang lebih selamat.
  2. Menambah-baik tetapan untuk halangan transaksi yang mencurigakan
  3. Tempoh pengaktifan yang mengambil masa sedikit untuk pengesahan buat pertama kali.
  4. Mengehadkan satu peranti pengesahan untuk transaksi
  5. Menyediakan khidmat sokongan untuk laporan insiden.

image is not available

Pada masa yang sama juga, TNG mengumumkan mereka merupakan dompet digital pertama yang merupakan sebahagian daripada National Scam Response Center. Dengan langkah ini, TNG mengatakan mereka boleh memberikan respon lebih pantas berbanding penyedia dompet digital yang lain kepada para pelanggan untuk sesuatu insiden yang berlaku.

image is not available