Touch n Go eWallet Kini Menambah Sokongan Untuk Pelaburan Saham Bursa

TechnologyDigital
12 Sep 2024 • 12:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Touch n Go eWallet kini mula menawarkan ciri baharu dinamakan e-Trade, membolehkan para pengguna melakukan pelaburan saham pada syarikat-syarikat di Bursa. Touch n Go eWallet menjayakan penawaran ini melalui kerjasama Affin Hwang Investment Bank.

image is not available

Melalui integrasi terus pada Touch n Go eWallet, para pengguna boleh membuka akaun pelaburan Affin Hwang Investment Bank, dan menikmati yuran minima RM5 untuk sebarang dagangan saham bawah RM10,000. Untuk pembukaan akaun juga, pengguna akan perlu membayar sebanyak RM10.

image is not available

Integrasi ini juga sekaligus membolehkan para pengguna melabur pada syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia terus melalui hujung jari sahaja. Touch n Go eWallet memposisikan ciri ini sebagai salah satu kaedah memperkembangkan simpanan – selain daripada simpanan melalui ASNB, e-MAS, dan juga pelaburan lain pada aplikasi berkenaan.

Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna dompet digital Touch n Go eWallet.