Touch ‘n Go Kini Mempelbagaikan Penawaran Produk Dengan NFC – Tidak Lagi Terhad Kepada Kad Sahaja

TechnologyDigital
22 Aug 2023 • 4:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Touch ‘n Go sedia memperkenalkan kad TNG enhanced yang membolehkan pengguna melakukan tambah-nilai kredit terus melalui telefon yang menyokong NFC. Kini, selain daripada hanya penawaran kad, TNG turut hadir dengan produk baharu dinamakan “Touch ‘n Go Charm Furry Series: Rabbit Charm”.

image is not available

TNG Charm merupakan sebuah aksesori kunci yang turut boleh dipasang pada beg atau dompet. Ini sekaligus memudahkan ia untuk dikeluarkan atau digantung pada mana-mana, berbanding menggunakan kad yang mungkin tersimpan ia di suatu tempat yang sukar dicapai atau ditemui.

image is not available

image is not available

Untuk menggunakannya, ia seperti kad TNG enhanced, dimana boleh dipautkan ke dompet digital TNG eWallet, dan seterusnya digunakan untuk melakukan pembayaran dengan menyentuh ia pada terminal pembayaran yang menyokong pembayaran secara Touch ‘n Go.

TNG Charm ini boleh dibeli di Touch ‘n Go Service & Sales Centre di Nu Sentral dan Bangsar South. Untuk bulan Ogos ini, TNG Charm ditawarkan dengan pilihan watak arnab. Penawaran melalui kedai atas talian Shopee akan dilakukan bermula 24 Ogos 2023 kelak. Setiap TNG Charm ditawarkan pada harga RM30 setiap satu.