
YouTube telah mempunyai label pada video yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) sejak 2024 tetapi ia tidak dipaparkan dengan ketara. Kini, YouTube membawakan penambahbaikan dimana kandungan fotorealistik atau diubah secara signifikan menggunakan AI kini dipaparkan di lokasi lebih jelas.

Pada video panjang, ia dipaparkan Di bawah pemain video dan atas bahagian deskripsi. Sementara di Shorts pula ia ditunjukkan pada label maklumat video seperti gambar di atas. Label ini akan digunakan pada kesemua kandungan janaan AI di YouTube selepas ini. Sementara itu kandungan yang tidak realistik, animasi atau diubah suai secara ringan menggunakan AI, label diletakkan dalam deskripsi lanjutan.
Bermula Mei 2026, YouTube akan mengesan kandungan yang dijana AI secara fotorealistik dengan label kemudian akan dikenakan secara automatik oleh sistem dalaman. Pemilik kandungan boleh membetulkan label jika mereka merasakan berlaku kesilapan oleh sistem YouTube.
Sungguhpun begitu, label tidak boleh dibuang sekiranya kandungan dibuat menggunakan alat AI YouTube seperti Veo atau Dream Screen serta Kandungan dengan datameta C2PA yang menunjukkan ia dijana sepenuhnya oleh AI.




