Toyota Hilux, Fortuner 'Takluki' Carta Kes Kecurian Tertinggi Tahun 2024

LocalCars
6 May 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Toyota Hilux GR Sport

Toyota Hilux merupakan kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia bagi tahun 2024, data yang dikongsikan oleh syarikat-syarikat insurans itu didedahkan oleh Majlis Pengurangan Kecurian dan Kemalangan Kenderaan Malaysia (VTAREC).

Sepanjang tahun lalu, kehilangan yang dicatatkan bagi trak tersebut mencecah 370 unit, meletakkannya di tangga teratas senarai kenderaan empat roda yang menjadi sasaran penjenayah.

Proton dan Perodua Dominasi Carta Kecurian

image is not available

Menyusul di tempat kedua ialah Proton Wira (142 kes) dan Toyota Fortuner (123 kes). Turut berada dalam senarai 10 teratas adalah model-model berikut:

Proton Iswara – 92 kesProton Saga – 92 kesPerodua Kancil – 89 kesFord Ranger – 79 kesPerodua Myvi – 79 kesPerodua Bezza – 61 kesHonda Civic – 58 kes

Menurut Penyelaras VTAREC, Mas Tina Abdul Hamid, majoriti model yang dicuri adalah keluaran tempatan yang lebih lama, dipercayai diceraikan untuk dijual sebagai alat ganti dalam pasaran gelap. Kenderaan seperti Proton dan Perodua biasanya dileraikan dan komponennya dijual dalam negara.

Motosikal Yamaha 135LC Paling 'Laku' dalam Kalangan Pencuri

image is not available

Bagi kategori kenderaan dua roda pula, Yamaha 135LC kekal sebagai motosikal paling banyak dicuri, mencatatkan 528 kes tahun lalu. Berikut ialah senarai penuh 10 motosikal paling kerap dicuri:

Yamaha 135LC – 528 kesYamaha Y15ZR – 327 kesHonda Wave – 194 kesYamaha 125 – 109 kesHonda C100 – 105 kesYamaha Lagenda – 72 kesYamaha Ego – 59 kesHonda EX5 – 54 kesModenas Kriss – 48 kesHonda RS150R – 16 kes

Kadar Kecurian Turun, Tetapi Kaedah Semakin Canggih

Walaupun statistik menunjukkan penurunan 10% kes kecurian kenderaan tahun lepas, iaitu 3,925 kes berbanding 4,370 pada tahun 2023. Mas Tina memberi amaran bahawa pencuri kini semakin licik.

Antara taktik terbaru yang dikenal pasti ialah penggodaman sistem masuk kenderaan tanpa kunci (keyless entry). Penjenayah mampu mengakses kenderaan, menghidupkan enjin dan memandu pergi tanpa memerlukan kunci fizikal.

Langkah untuk Mengelakkan Kes Kecurian

Sebagai langkah pencegahan, pemilik kenderaan disaran menyimpan kunci mereka dalam beg Faraday yang dapat menyekat gelombang radio dan mengelakkan penggodaman sistem keyless.

Pengguna juga digalakkan menggunakan kunci stereng untuk kereta, dan rantai pengunci bagi motosikal.

Sumber: NST