Toyota Jenama Kereta Paling Bernilai Dunia – Tesla Semakin Merudum

LocalCars
23 Jan 2025 • 1:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Toyota berjaya 'merampas' kedudukan Tesla sebagai jenama paling bernilai

Selepas berdepan dengan kemerosotan jualan akibat pandemik, Toyota kini kembali mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama automotif paling bernilai di dunia. Menurut laporan terbaru daripada Brand Finance 2025, syarikat automotif Jepun itu berjaya menduduki tangga teratas, mengatasi Tesla yang kini jatuh ke tangga keempat, turun dua anak berbanding laporan tahun 2024.

Nilai Toyota Melonjak Tinggi

image is not availableimage is not available

Laporan tersebut menganggarkan nilai semasa Toyota adalah $64.73 bilion (~RM286 bilion), meningkat sebanyak 23% berbanding $52.67 bilion (~RM256 bilion) pada tahun sebelumnya. Prestasi ini membolehkan Toyota mendahului jenama lain seperti Mercedes-Benz dan Hyundai Group, yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga dengan nilai $53 bilion (~RM235 bilion) dan $46.25 bilion (~RM205 bilion).

Kejatuhan Tesla

image is not availableimage is not available

Sebaliknya, Tesla menyaksikan penurunan nilai yang ketara daripada $58.3 bilion (~RM259 bilion) pada tahun 2024 kepada hanya $43 bilion (~RM191 bilion) pada tahun 2025. Penurunan ini dikaitkan dengan barisan produk Tesla yang semakin ketinggalan zaman, serta kontroversi yang melibatkan pengasasnya, Elon Musk. Aktiviti dan kenyataan Musk di luar industri automotif, termasuk pandangan politiknya, turut menyumbang kepada kemerosotan nilai syarikat itu.

Penilaian Yang Komprehensif

Penilaian ini tidak dibuat berasaskan prestasi saham atau angka jualan semata-mata, kerana Brand Finance menggunakan pendekatan komprehensif. Ia merangkumi tinjauan terhadap ribuan pengguna untuk mendapatkan persepsi terhadap jenama, di samping faktor luaran lain yang mempengaruhi nilai jenama.

Toyota Dalam Senarai Global

image is not available

Walaupun prestasi Toyota dalam sektor automotif cukup memberangsangkan, jenama ini masih jauh di belakang syarikat teknologi gergasi seperti Apple, Microsoft dan Google dalam senarai keseluruhan. Apple menduduki tempat pertama dengan nilai $574.5 bilion (~RM2.556 trilion), diikuti Microsoft ($461.1 bilion, ~RM2.052 trilion) dan Google ($356.4 bilion, ~RM1.586 trilion).

Toyota berada di kedudukan ke-18 dalam senarai global, manakala Mercedes-Benz, Hyundai Group dan Tesla masing-masing berada di tempat ke-23, ke-29, dan ke-36.

Sumber: Brand Finance