Bulan depan, Oppo dijangka akan memperkenalkan Find N5 sebagai peranti dengan skrin boleh-lipat paling nipis dunia menewaskan Honor. Peranti ini turut akan dijenamakan sebagai OnePlus Open 2. Imej peranti sebenar baru-baru ini telah didedahkan oleh wakil Oppo, Zhou Yibao.

Find N5 atau OnePlus Open 2 dikatakan akan mempunyai ketebalan dua syiling atau 4 kad kredit yang dianggarkan adalah sekitar 3.5mm ke 4mm. Dalam imej ini, ia dibandingkan dengan sebuah iPhone yang nampak hampir lebih dua kali ganda nipis. Menurut Zhou Yibao, Oppo boleh menghasilkan rekaan lebih nipis tetapi port USB-C adalah halangan.

Mengejutkan, kapasiti bateri dikatakan adalah 20% lebih besar mungkin mencapai 5000mAh atau lebih. Ini mungkin kerana wujudnya teknologi bateri dengan karbon-silikon. Lebih banyak informasi akan didedahkan dalam masa terdekat sementara menantikan pelancaran pada bulan Februari kelak.
- Weibo – OPPO Zhou Yibao

