TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung

LocalHealth & Fitness
3 Aug 2026 • 10:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung
Fadillah Yusof. - Bernama

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof akan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat selepas dinasihatkan berbuat demikian oleh pasukan pakar perubatan.

Setiausaha Akhbarnya, Datuk Misiah Taib memaklumkan keadaan Menteri PeralihanTenaga dan Transformasi Air (PETRA) itu dilaporkan stabil.

"Beliau dinasihatkan untuk berehat sepenuhnya serta tidak digalakkan menerima pelawat bagi memastikan proses rawatan serta pemulihan berjalan dengan lancar," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, semua pihak dimohon untuk mendoakan agar urusan pembedahan dan rawatan Fadillah dipermudahkan serta dikurniakan kesembuhan serta dapat kembali bertugas seperti biasa.

"Pihak keluarga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas doa, sokongan serta keprihatinan," ujar beliau.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved