Fadillah Yusof bakal jalani pembedahan pintasan jantung, keluarga mohon doa

LocalHealth & Fitness
3 Aug 2026 • 10:53 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat selepas dinasihatkan berbuat demikian oleh pasukan pakar perubatan.

Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Datuk Misiah Taib berkata, keadaan kesihatan Fadillah ketika ini dilaporkan stabil, namun memerlukan rawatan lanjut serta tempoh rehat sepenuhnya bagi memastikan proses pembedahan dan pemulihan berjalan lancar.

Menerusi satu kenyataan hari ini, atas nasihat doktor, Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) itu juga tidak digalakkan menerima pelawat sepanjang tempoh rawatan dan pemulihannya.

“Dimaklumkan bahawa YAB Datuk Amar Hj Fadillah bin Hj Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), akan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat, sebagaimana dinasihatkan oleh pasukan pakar perubatan.
“Keadaan beliau dilaporkan stabil, namun beliau dinasihatkan untuk berehat sepenuhnya serta tidak digalakkan menerima pelawat bagi memastikan proses rawatan serta pemulihan berjalan dengan lancar,” kata kenyataan itu.
Image from: Fadillah Yusof bakal jalani pembedahan pintasan jantung, keluarga mohon doa

Foto arkib: Bernama

Dalam pada itu, pihak keluarga memohon agar seluruh rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan supaya urusan pembedahan serta rawatan Fadillah dipermudahkan dan beliau dikurniakan kesembuhan.

Mereka turut berharap Fadillah dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa sebaik selesai menjalani rawatan dan tempoh pemulihan.

“Sehubungan itu, pihak keluarga memohon agar orang ramai bersama-sama mendoakan agar urusan pembedahan dan rawatan beliau dipermudahkan serta dikurniakan kesembuhan serta dapat kembali bertugas seperti biasa,” ujarnya.

Pada masa sama, pihak keluarga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terus memberikan doa, sokongan dan keprihatinan terhadap keadaan kesihatan Timbalan Perdana Menteri itu.

“Pihak keluarga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas doa, sokongan serta keprihatinan,” katanya.

Sumber: Facebook Fadillah Yusof

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved