
KENINGAU: Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) telah memperuntukkan lebih RM13 juta bagi membantu lebih 9,000 pelajar di seluruh Sabah sejak tiga tahun lepas.
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohamad Arifin Arif berkata, langkah ini jelas menunjukkan usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan tiada anak Sabah yang tercicir dalam mendapatkan akses pendidikan.
Katanya, perbelanjaan besar ini adalah bukti bahawa pelaburan dalam pendidikan kekal menjadi keutamaan demi masa depan negeri sejak yang dilancarkan tiga tahun lalu oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Ini satu usaha berterusan dan salah satu daripada usaha Ketua Menteri untuk memastikan anak-anak kita tidak tercicir,” katanya.
Arifin, mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, berkata demikian selepas menyempurnakan penyampaian bantuan TPNS dan Penyerahan Sekolah Anak Angkat Daerah Keningau di Auditorium Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau di sini, pada Selasa.
Pada majlis itu, bantuan sejumlah RM435,695 disampaikan kepada 180 pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta termasuk pengajian Sijil Sains, Diploma, Ijazah, Sarjana Muda dan Sarjana.
Majlis itu juga memberi penghargaan kepada pelajar cemerlang, dengan pemberian RM1,000 masing-masing kepada seorang pelajar yang mendapat 12A dan tiga pelajar dengan 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari SM Ken Hwa.
Sementara itu juga, 173 pelajar sekolah menengah dari daerah ini turut menerima cermin mata percuma.
Selain bantuan pelajar, perpustakaan awam di seluruh Sabah juga menerima sumbangan tablet pendidikan termasuk cawangan di Keningau, Lahad Datu, Kunak, Membakut, Tuaran, Semporna,Sandakan, Tawau, Beaufort, Ranau dan Kota Marudu.
Majlis itu turut menyaksikan bantuan program Sahabat Bahasa, bagi memperkasakan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris, kepada empat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kent, Keningau, Tawau dan Gaya Kinabalu.
Turut berlangsung, penyampaian bantuan untuk aktiviti sekolah melalui program Bagus dan Sukes kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Keningau.
Dua Sekolah Anak Angkat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Banjar dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bingkor turut menerima bantuan, masing-masing berjumlah RM5,000 dan RM10,000.
Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Flovia Ng yang juga Adun Tulid.

