
PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan bergerak perlahan di beberapa lokasi lebuh raya utama seluruh negara setakat pukul 10.23 pagi tadi.
Pusat Pengurusan Trafik, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan keadaan itu dalam kemas kini aliran trafik bagi hari ini, 13 September 2026.
Menurut LLM, keadaan cuaca ketika kemas kini dibuat adalah baik.
“Trafik bergerak perlahan di lokasi-lokasi seperti berikut,” katanya, hari ini.
Bagi Lebuh Raya Utara-Selatan (E1), trafik perlahan dilaporkan berlaku di laluan arah Selatan dari Rawang Selatan menuju Sungai Buloh Utara.
Sementara itu, di Tambak Johor (E2), aliran trafik arah Selatan dilaporkan perlahan dari Bangunan CIQ Sultan Iskandar, Malaysia menuju CIQ Woodlands, Singapura.
Bagi Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) E11), trafik arah Utara perlahan di laluan Puchong Utama menuju Puchong Intan, selain laluan Kelana Jaya menuju Taman Megah.
Di Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) E11), trafik arah Selatan pula dilaporkan bergerak perlahan dari Bukit Jelutong menuju Persimpangan Jalan Montfort. – KOSMO! ONLINE
The post Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama appeared first on Kosmo Online.



