Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora

11 Sep 2026 • 6:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora

image.png

Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dilaporkan sesak teruk sepanjang empat kilometer susulan satu kejadian cerun runtuh,  sebentar tadi.

Kejadian cemas itu dikesan berlaku di Kilometer (KM) 263.6 arah selatan membabitkan laluan dari Terowong Menora menuju ke Ipoh Utara.

Lorong Kiri Terhalang, Trafik Sesak Empat Kilometer

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) menerusi kemas kini LLM Info Trafik mengesahkan bahawa insiden berkenaan menyebabkan laluan terjejas teruk.

Setakat pukul 4.28 petang, pihak LLM memaklumkan bahawa lorong kiri di lokasi kejadian terhalang sepenuhnya akibat timbusan tanah runtuh tersebut.

Kerja Pembersihan Giat Dijalankan

Berdasarkan tinjauan menerusi imej televisyen litar tertutup (CCTV), tanah runtuhan kelihatan jelas di bahagian cerun berhampiran kawasan Vista Point.

Pasukan bertugas kini sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi bagi memastikan laluan dapat dibuka semula kepada orang ramai secepat mungkin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved