Trafik sekitar Bandar Sunway, LDP sesak luar biasa hingga tengah hari

15 Oct 2026 • 2:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Trafik sekitar Bandar Sunway, LDP sesak luar biasa hingga tengah hari
Kesesakan dilaporkan berlarutan hingga tengah hari apabila pengguna masih berkongsi keadaan trafik sesak setakat 12.40 tengah hari tadi. Foto tangkap layar video pengguna Threads

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di sekitar Bandar Sunway dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di sini mengalami kesesakan luar biasa yang berlarutan hingga tengah hari tadi, menyebabkan ada pengguna jalan raya mendakwa lewat tiba di tempat kerja.

Tinjauan di media sosial mendapati pengguna berkongsi pengalaman terperangkap dalam kesesakan, terutama di sekitar Mentari dan laluan menghubungkan Sunway University dengan Sunway Medical Centre serta Plaza Tol Puchong Selatan hingga jambatan kabel.

Ada pengguna mendakwa perjalanan antara Sunway University dan Sunway Medical Centre mengambil masa kira-kira 40 minit berikutan keadaan trafik yang perlahan.

Kesesakan itu juga dilaporkan berlarutan hingga tengah hari apabila pengguna masih berkongsi keadaan trafik sesak setakat 12.40 tengah hari tadi.

Sementara itu, semakan di media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Trafik mendapati kemalangan dilaporkan di LDP berhampiran susur Taylor University pada 8.20 pagi tadi menyebabkan lorong kanan terhalang dan trafik sesak.

Selain itu, sebuah kenderaan rosak di KM18.3 arah utara, dari PJS ke jambatan kabel pada 8.13 pagi dengan lorong tengah terhalang dan trafik sesak. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved