Tragedi berdarah berulang! Pelajar perempuan cedera ditik@m di Banting, suspek 15 tahun sedang jalani rawatan kesihatan

6 Jul 2026 • 3:26 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Tragedi berdarah berulang! Pelajar perempuan cedera ditik@m di Banting, suspek 15 tahun sedang jalani rawatan kesihatan

LAGI kes tikam melibatkan pelajar sekolah berlaku dan kali ini insiden ngeri berkenaan tular di media sosial melibatkan suspek berusia 15 tahun.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan tragedi berdarah yang tular itu berlaku di sebuah sekolah di sana.

"Murid yang tercedera dalam insiden ini sedang mendapat rawatan di hospital. Manakala suspek kes ini pula telah ditahan oleh pihak Polis. 

"JPN Selangor memberi kerjasama penuh terhadap proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

"Tumpuan utama pada ketika ini adalah untuk memastikan murid yang tercedera mendapat rawatan terbaik dan bantuan diberi kepada keluarga," kongsinya.

Menurut kenyataan itu lagi, pasukan kaunselor dan guru bimbingan kaunseling telah digerakkan serta-merta untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah terbabit.

Image from: Tragedi berdarah berulang! Pelajar perempuan cedera ditik@m di Banting, suspek 15 tahun sedang jalani rawatan kesihatan
Foto: Ihsan Facebook Iesya Toh

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih yang boleh mengganggu proses siasatan," ujarnya.

Berikut info dan kronologi berkaitan kejadian yang dikongsikan Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar:

1- Kejadian berlaku antara jam 9.30 hingga 10 pagi sebelum suspek berjaya ditahan pihak berkuasa.

2-Mangsa berusia 15 tahun cedera di bahagian badan dan bahu selepas dipercayai ditikam dalam insiden berkenaan.

3-Suspek yang juga berusia 15 tahun dilaporkan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu dan sedang menjalani rawatan kesihatan.

4-Dalam kejadian itu, suspek dipercayai memasuki kawasan sekolah melalui pintu masuk utama sebelum insiden berlaku.

5-Suspek juga dilaporkan telah ditenangkan oleh guru sekolah sebelum pihak polis tiba di lokasi.

Terdahulu Bernama melaporkan pelajar perempuan cedera selepas dipercayai ditikam oleh remaja perempuan di sebuah sekolah di Bantung.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan kekecohan apabila remaja berpakaian serba hitam sedang memegang sebilah pisau dan berlegar dalam kawasan sekolah berkenaan.

Imbas kembali, kes tikam melibatkan pelajar di kawasan sekolah cukup tragis pernah terjadi di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Oktober 2025.

Dalam kes berkenaan, mangsa berusia 16 tahun yang ditikam suspek berumur 14 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sumber: JPN Selangor, Sinar Harian, Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved