Tragedi Desa ParkCity: Kecewq Isteri Dijerat Perangkap ‘Love Scam’ Punca 4 Sekeluarga Maut 

28 Aug 2026 • 5:54 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Tragedi Desa ParkCity: Kecewq Isteri Dijerat Perangkap ‘Love Scam’ Punca 4 Sekeluarga Maut 

KUALA LUMPUR - Perasaan kecewa dan marah selepas isterinya terjerat sindiket penipuan cinta (love scam) sehingga menyebabkan kerugian serta hutang mencecah kira-kira RM260,000 dipercayai menjadi antara punca seorang lelaki membunuh isteri dan dua anak mereka di sebuah kondominium di Desa ParkCity, Persiaran Residen, Kepong, semalam.

Lelaki berusia 48 tahun itu kemudiannya ditemukan maut selepas terjatuh dari unit kediaman berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan awal mendapati suspek meninggalkan satu nota di meja makan  menyatakan kekesalan terhadap isterinya, yang didakwa masih cuba menghubungi individu dipercayai terlibat dalam penipuan berkenaan.

“Suspek dipercayai merasakan tindakan isterinya sudah keterlaluan dan berasa malu di hadapan anak-anak mereka.

“Dia juga dipercayai menanggung kerugian serta hutang berjumlah kira-kira RM260,000 susulan perkara itu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut Fadil, polis turut menemukan sebilah pisau dan sepasang sarung tangan yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.

“Kedua-dua barangan itu ditemukan dalam sebuah laci di bilik tidur utama dan digunakan ketika kejadian,” katanya.

Bagaimanapun, Fadil berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar tragedi berkenaan, selain melengkapkan siasatan terhadap keseluruhan kejadian.

Beliau memberitahu, bedah siasat terhadap mayat kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun telah selesai dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira tengah hari tadi.

“Hasil bedah siasat mendapati terdapat kecederaan akibat tikaman sepanjang kira-kira lima sentimeter pada bahagian leher mangsa,” katanya.

Fadil berkata bedah siasat kedua terhadap mayat wanita berkenaan akan dijalankan, manakala tiga lagi bedah siasat dijangka dilakukan hari ini.

Sementara itu, bedah siasat terhadap mayat suspek dijangka dijalankan esok selepas pasukan forensik HKL ke lokasi kejadian pada sebelah pagi.

Semalam, media melaporkan, empat sekeluarga ditemukan meninggal dunia dalam kejadian di sebuah kondominium di Desa ParkCity, dengan tiga daripada mereka disyaki menjadi mangsa pembunuhan.

Polis menerima laporan berhubung seorang lelaki berusia 48 tahun yang terjatuh dari sebuah kondominium kira-kira jam 3.32 petang.

Fadil berkata polis kemudian bergegas ke unit kediaman berkenaan sebelum membuka pintu dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Hasil pemeriksaan menemukan tiga individu telah meninggal dunia di bilik berasingan.

Mangsa pertama ialah seorang wanita berusia 47 tahun yang merupakan isteri suspek, manakala dua lagi mangsa ialah anak pasangan itu, masing-masing seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

“Ketiga-tiga mangsa didapati mengalami kecederaan serius pada bahagian leher,” katanya. - Getaran, 28 Ogos 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved