Tragedi Di Kuantan: Waris Lima Beranak Mohon Henti Spekulasi, Hormati Keluarga

17 Feb 2026 • 6:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang ahli keluarga kepada lima beranak yang maut dalam kejadian tragis di Lorong Cherating Damai meminta orang ramai menghentikan sebarang spekulasi berhubung insiden tersebut.

Waris lima beranak tak sangka kejadian berlaku

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, Nurul Zahidah Zambri, 34, menyatakan keluarganya masih dalam keadaan terkejut dan bersedih, selain dinasihatkan polis supaya tidak mengeluarkan kenyataan sementara siasatan dijalankan.

“Keluarga kami juga tidak menyangka kejadian ini dan masih bersedih atas apa menimpa.
“Kalau melihat kejadian tragis yang menimpa keluarga kami pada hari ini saya berharap masyarakat di luar sana tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini.
“Saya minta semua pihak menghormati proses ini sampai pihak polis selesai dan keluarkan kenyataan nanti. Itulah yang kita akan pakai nanti,” katanya.

image is not available

Waris lima beranak mohon semua pihak hormati keluarga

Suami Nurul Zahidah yang enggan dikenali turut berkongsi bahawa suspek berusia 32 tahun itu ada menghantar mesej bertanyakan khabar kepada ahli keluarga sebelum kejadian.

“Antara yang menjadi agak pelik bila mendapat tahu dia mesej semua ahli keluarga bertanyakan khabar,” katanya.

image is not available

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi tadi, lima mangsa termasuk sepasang suami isteri, dua anak perempuan serta ibu kepada suspek ditemui maut di dalam rumah berkenaan.

image is not available

Artikel lain: Tragedi Di Kuantan: Lelaki Disyaki Bunuh Ibu, Isteri & 2 Anak Sebelum Akhiri Nyawa Sendiri

Lelaki tersebut dipercayai mencederakan ahli keluarganya menggunakan senjata tajam sebelum turut mencederakan diri sendiri, dan kes kini masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sumber: Malaysia Gazette (Syahira Yahya)

The post Tragedi Di Kuantan: Waris Lima Beranak Mohon Henti Spekulasi, Hormati Keluarga appeared first on Borak Daily.