“MOH Takkan Diam Je Kot” – Sebulan Berlalu, Isteri Mangsa Tragedi Helikopter ‘Flying Doctor’ Minta KKM Jangan Membisu Isu Pampasan

LocalPolitics
6 Oct 2026 • 10:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Rumusan Artikel:

  • Seorang isteri mangsa tragedi helikopter FDS menuntut KKM dan kerajaan memberikan keadilan dan sokongan yang sewajarnya kepada waris.

  • Beliau kesal kerana KKM dan kerajaan pusat dilihat berdiam diri dan membiarkan syarikat Layang Layang Aerospace menanggung kos kompensasi, manakala pampasan daripada pihak kerajaan masih belum jelas.

  • Waris menegaskan bahawa arwah suami mereka bukan “pergi holiday” tetapi bertugas demi rakyat, dan menekankan keperluan untuk bersikap adil terhadap semua mangsa tragedi.

  • Ketidakpastian mengenai pengambilan barang peribadi di balai polis turut menambah beban emosi waris yang sudah sedia ada.

 

Isu kebajikan waris mangsa tragedi helikopter Flying Doctor Service (FDS) di Sarawak kembali hangat diperkatakan selepas seorang isteri mangsa, menerusi akaun media sosialnya, meluahkan kekecewaan mendalam terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak kerajaan.

Advertisement

Di Mana Tanggungjawab MOH?

Waris tersebut menyelar sikap berdiam diri KKM dan kerajaan pusat yang dilihat seolah-olah melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada syarikat pengendali helikopter, Layang Layang Aerospace. Dalam satu hantaran yang tular, beliau mempersoalkan peranan KKM dalam menjaga kebajikan petugas kesihatan yang terkorban semasa menjalankan tugas rasmi.

MOH Image from: “MOH Takkan Diam Je Kot” – Sebulan Berlalu, Isteri Mangsa Tragedi Helikopter ‘Flying Doctor’ Minta KKM Jangan Membisu Isu Pampasan

MOH Image from: “MOH Takkan Diam Je Kot” – Sebulan Berlalu, Isteri Mangsa Tragedi Helikopter ‘Flying Doctor’ Minta KKM Jangan Membisu Isu Pampasan

d Image from: “MOH Takkan Diam Je Kot” – Sebulan Berlalu, Isteri Mangsa Tragedi Helikopter ‘Flying Doctor’ Minta KKM Jangan Membisu Isu Pampasan

Kekesalan beliau semakin memuncak apabila terdapat pihak yang membanding-bandingkan situasi suaminya dengan petugas KKM yang lain.

Beliau menegaskan keadilan harus diberikan kepada semua yang terlibat dalam tragedi itu, tanpa mengira status pelantikan mereka, memandangkan mereka semua bertugas demi rakyat.

Barang-Barang Mangsa Sukar Dikembalikan

Selain isu pampasan, waris juga menghadapi kesukaran dalam urusan pengambilan semula barang peribadi milik arwah suami mereka yang kini berada dalam simpanan pihak polis.

“Elaun Pak Menteri Berpuluh Ribu” – Hanya RM 30, Netizen Dedah Kadar Insentif Khas ‘Flying Doctor’ KKM Sejak Tahun 1978

Ketidakpastian mengenai bila barang-barang tersebut akan dipulangkan telah menambah beban emosi mereka.
Luahan ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib waris dan mendesak KKM serta kerajaan memberikan penjelasan serta sokongan yang sewajarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pdrm irene2026-10-05 16:00:31

Trauma Tumpul Di Kepala Punca Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng, PDRM Jamin Tiada ‘Cover-Up’

The post “MOH Takkan Diam Je Kot” – Sebulan Berlalu, Isteri Mangsa Tragedi Helikopter ‘Flying Doctor’ Minta KKM Jangan Membisu Isu Pampasan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved