
Kes kematian seorang pendaki, Mustaqqeem Mansor, di puncak Gunung Liang Barat kini memasuki fasa siasatan lanjut apabila polis memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan.
Lapor Harian Metro, lapan individu yang dipanggil untuk membantu siasatan adalah peserta dan rakan pendaki kepada mangsa yang turut serta dalam ekspedisi berkenaan.
Rakan pendaki, penganjur dipanggil beri keterangan

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintendan Suhaimi Muhamad, polis juga akan mengambil keterangan penganjur ekspedisi tidak lama lagi.
Tiga lagi pendaki yang belum dirakam keterangan dan akan dipanggil dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan. Tiga lagi pendaki ini difahamkan pulang terus selepas tiba di kaki gunung atas urusan kerja dan cuti.
Menurut polis, setakat ini kes disiasat sebagai laporan mati mengejut (SDR).
Pssttt! Semoga keluarga arwah diberi kekuatan menghadapi ujian ini, dan semoga hasil siasatan nanti mampu menjawab segala persoalan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Gunung Liang Barat.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.


