Tragedi Kepala Air Di Pertak: Jumlah Korban Meningkat, Mangsa Keenam Ditemui 

12 Nov 2026 • 4:24 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Tragedi Kepala Air Di Pertak: Jumlah Korban Meningkat, Mangsa Keenam Ditemui 

HULU SELANGOR - Jumlah korban tragedi kepala air di Sungai Liut, Kampung Pertak, meningkat kepada enam orang selepas satu lagi mayat ditemukan berhampiran Empangan Sungai Selangor, pagi ini.

Bagaimanapun, dua lagi mangsa masih belum dijumpai dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan bagi mengesan mereka.

Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemukan kira-kira jam 10.15 pagi sebelum dibawa ke pos kawalan operasi untuk tindakan lanjut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata operasi pencarian hari ini turut memberikan tumpuan di Sektor A.

“Kami mengesai  bau dipercayai berpunca daripada salah seorang mangsa di kawasan berkenaan,” katanya. - Getaran, 12 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved