Tragedi si Rocky: Antara belas ihsan dan keselamatan awam

5 Aug 2026 • 8:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tragedi si Rocky: Antara belas ihsan dan keselamatan awam
Tangkap layar rakaman video yang tular semasa operasi gotong-royong menangkap anjing liar yang dijalankan PBT bersama penduduk di Taman Teluk Gedung Indah, Klang pada Rabu

INSIDEN kematian seekor anjing dikenali sebagai Rocky ketika operasi menangkap anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi. Ada yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ada juga yang mengingatkan tentang ancaman anjing liar terhadap keselamatan penduduk.

Kawasan sama sebelum ini pernah menjadi perhatian selepas seorang pemuda koma akibat motosikal ditungganginya terbabas ketika dikejar sekumpulan anjing liar. Atas sebab itu, tindakan PBT menangani aduan penduduk sememangnya perlu.

Namun, dalam melaksanakan penguatkuasaan, PBT juga mempunyai tanggungjawab memastikan setiap tindakan dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang jelas, profesional dan berperikemanusiaan.

Pada masa sama, pemilik haiwan juga tidak boleh lepas tangan. Memiliki haiwan peliharaan bukan sekadar memberi makan dan tempat berteduh. Ia datang bersama tanggungjawab mematuhi undang-undang dan memastikan haiwan tersebut dipelihara dengan baik, tidak mengganggu orang awam dan sentiasa berada dalam kawalan.

Ketika sebahagian pihak begitu lantang mempertikaikan tugas penguat kuasa, jangan sampai kita terlupa hak masyarakat untuk berasa selamat. Anjing liar yang berkeliaran bukan lagi sekadar isu gangguan kecil tetapi ancaman nyata.

Merak Jalanan bukanlah mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi populasi anjing liar wajar dikawal demi ketenteraman awam.

Tugas penguatkuasaan bukan dilaksanakan atas dasar membenci haiwan, sebaliknya melindungi nyawa manusia. Rasa ihsan pada haiwan itu perlu tetapi keselamatan dan nyawa masyarakat tetap keutamaan nombor satu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved