Tragedi UPSI: Setiap Keluarga Mangsa Terkorban Terima RM10,000 Daripada Kerajaan MADANI – Fahmi 

LocalPolitics
11 Jun 2025 • 5:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tragedi UPSI: Setiap Keluarga Mangsa Terkorban Terima RM10,000 Daripada Kerajaan MADANI – Fahmi

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) — Kerajaan MADANI akan menyalurkan bantuan sebanyak RM10,000 kepada keluarga setiap 15 mangsa yang terkorban dalam nahas bas persiaran melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Isnin lepas.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata kerajaan turut akan memberikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada setiap mangsa yang cedera dalam tragedi berkenaan.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung hari ini.

“Perdana Menteri juga mengarahkan Jabatan Peguam Negara untuk meneliti aspek perundangan berkaitan insurans bagi mangsa yang terlibat.

“Jemaah Menteri juga menzahirkan ucapan takziah kepada semua waris mangsa yang terkorban dalam kejadian itu,” katanya dalam sidang media di Angkasapuri hari ini yang turut disertai Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Pada Isnin lepas, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terbalik selepas melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Alza.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved